Salam.... Lame aku xblogging. Sibuk sket sejak balik rumah ni. Mak sakit, Adik aku pon xbrapa sihat. Banyak kerja kena buat. Btw, syukur lah mak aku dah makin sihat. Hari ni aku nk kasi korang resepi keke coklat,.Sibuk2 pon sempat lagi buat kek. Tapi ni bukan sebab aku rajin sangat nak buat. Tapi coz ada requeast dari adik lelaki aku. Dia suruh bt kek coklat coz dia dapat 5a's UPSR. So aku bt je lah. Bukan susah pon. Bahan2 nak bt kek ni pon senang nak cari. Malas aku nak cakap banyak, jom tengok resepi dulu.

- Telur 2 biji
- Gula halus 2 cawan
- minyak mazolla / minyak jagung 1 cawan (    jangan pakai minyak sawit, jap lg masuk wad korg coz banyak sgt kolesterol )
- susu cair 1 tin
- aisen vanila ikut suke korg banyak mane asal jangan satu botol
- serbuk koko / serbuk coklat 1 cawan ( ayak dulu )
- tepung kek 1 cawan ( ayak dulu )


ni la antara bahan yang aku guna

Cara masak senang je. Kebanyakkan bahan ni aku main campak2 je. First, pukul telur n gula sampai kembang. Bile dah kembang masuk minyak, susu cair, aisen vanila. kemudian pukul lagi dalam 1 minit. Last skali masukkan tepung dan serbuk coklat. Kacau adunan sampai sebati. Dah siap kukus kek tu 2 jam.


ni adunan yang dah siap sebelum dikukus

Pandangan Tuan Blog

Sebelum korang masukkan adunan korang yang dah siap 2 kedalam loyang and sebelum kukus, adalah lebih baik sekiranya permukaan loyang berkenaan dilapik dengan kertas a4 kosong. Bukan ape, 6t senang untuk kite keluarkan kek tu dari loyang bile dah siap kukus, 6t kek tu x melekat kat permukaan loyang. Cara nak buat senang je, bt ukuran permukaan loyang, then potong kertas tu dan letak kat permukaan. Macam pic kat bawah ni.
p/s : jangan guna kertas yang dah bertulis macam surat khabar. Carbon yg ada pada surat khabar tu sangat tak bagus untuk kesihatan.




lepas 2 jam, ni la hasilnya...



p/s : makan kek ni panas2 + ais krim vanila memang suuupeerrrrbbbb !

Selamat mencuba !