labesl INSTAGRAM di sini ialah gambar-gambar yang di kumpul dari instagram saya sendiri dan di muatkan ke dalam blog ini untuk dikongsikan kepada pembaca.

Kepada yang nak follow instagram saya - FASIHAH_JASNI

Murid2 bangun ! Selamat Pagi Cikgu~~~. haaaa upin ipin sangat. Ko mampu ?

Seperti biasa tenet ofis masih cam @$%^%(&^*^$#. Nak terminate P1, tp tunggu TM mai pasang line, xsampai2 lagi.. sabar.. sabar..
Seperti yang dah dimaklumkan sebelum ni.. ni dia INSTAGRAM PART 2 dari patik. 

untuk INSTAGRAM - PART 1 sila klik SINI

Dimulakan dengan Bismillah, disudahi dengan Alhamdulillah.. hambek kau, nashid plak aku..




Korang nak tau ni apa ? Ni namanya Pavlova..
 Pavlova tu apa ? Pavlova tu sejenis dessert.
 Dessert tu ape ? ko memang nak kene hempok kalau tanya cam tu.
Nak resepi jgn mntk dgn aku.. mls nak taip. tengok SINI je.


Ini bukan taman bunga, atau sejenis bunga yg susah nk jumpa dalam dunia.
hehehe ini baju kurung aje. yg belum siap dijahit. officially ni baju raya aku untuk hari pertama.

Mak yg jahit kan.. dari kecik smpi besar, mak yg jahit semua baju aku.. MAK.. ANGAH SAYANG MAK.. SANGAT SANGAT..

IMAN ! korang tgk tangan si kecik ni berbalut tu.. Die main2 then mcam mana ntah boleh terkehel tangan tu, g hospital, doktor balut.

Yang aku kagum, ada 1 mlm tu mak die bawak die g berurut sket2. then masa makcik tukang urut tu urut tangan die, die xnangis pon even sakit. just bunyi merenget sket2 je sambil memandang tajam ke dalam mata makcik tukang urut tu. bhahahaha.. bunyi erk erk erk je..

Iman angah memang kuat ! love u so much syg ! please grow faster and stronger !


Urm.. ini masa BodyShop buat sale friendship 30% and 40%. So aku n housemate g la sana. Ini lah hasil barang yg kami beli.

Pencuci muka, tona, krim siang and nail buffer,  tu aku punya.
Conciler, bedak, sharpener, foundation, lipstik, sarung tangan and span muka tu Kak Hani punya.
Mandian Straeberry tu Kak Sha punya. 



Ini bukan ombak lautan yang membadai pantai ye. 
Ini pon baju kurung. unutk hari raya yang ke dua. sekian.


Iman is sleeping with his seluar tido yg ketat. Ada bola bola ye. dan ditemani BearBear Iman.
Nak suruh die tido senang je, bagi die main puas2, then bila dh penat, die sumbat ibu jari tangan, maknanya, Iman mau tido... zzzzzzz ~~~


YUM YUM !! ini saya buat sendiri ye.. grilled chicken chop. 
ada ayam yg sudah di grilled : menggunakan teknik kukus grill panggang, blackpapper souce with mushroom, fries (yg ni ofcoz la beli) and coleslow 

ni time aku kat Jengka, melepak umah Along, before g genting kesokkannya.

Ini kami bekalkan, dan bawak g umah kawan sepejabat along aku, then melantak kat umah die. Sedap dgt uolls...


His smile that always make me die !


Ini namanya tudung. Tapi bukan tudung biasa....
Ini special tudung bagi saya, yg dihadiahkan oleh special person dlm hidup saya. 
Ini hadiah hari lahir saya yang ke-21. Ayah yg hadiahkan..
Terima kasih ayah. ANGAH SAYANG AYAH.. NO MATTER WHAT.. ALWAYS AND FOREVER.
THIS is my ayah. Encik Wan Jasni Bin Mansor

  

Ini pizza lah by pizza hut. nama nya aku dh lupa lah. cheesy~~~ benda ntah. not bad la. sedap. 


hah.. ini klau ada sape2 ckp die xsuka makan, xtau lah.

Coco crunch + fresh milk.  


This is the view in front of my office. Menghadap sungai + laut. Biasa ada banyak jugak kapal berlabuh depan ni. Tp skrg monsoon xde kapal sgt. 


Ini dia,, ! made by my own. and name by my own. haha Tuna Chesy Roll. Xde tiru mana2 resepi pon, just idea yg tibe2 dtg dr kepala otak ni, then jadi lah benda alah ni.

Tapi nk share la jgk kan aku buat bnda ni camne.

Sardin tin yg aku hancurkan + bawang + mayonis, aku sapu atas roti. then letak cheese yg segi empat tu ats roti.. then gulung. Pastu celup dalam telur, then goreng. goreng pakai sikit je minyak, 1 sudu je.. 
kadang2 aku letak salad atas cheese tu, then gulung. poonn soodaapp !!

nak makan ape2 pon senang je.. yg penting rajin !


This is my anak sepupu. Masa ni usia xsampai pon seminggu. baby boy. anak sulung. Hope you grow faster, stronger, and be a son, a boy that can make ur parent proud.



Benda ni ek.. ni hujan lah. gmbr ni aku ambil dalam bas masa otw nk g Jengka. Hentian rehat apa ntah masa ni bas ni berhenti.. 


Biasa pas maghrib aku slalu ngaji. Al- Quran yg aku bca tu ada skali malay translater. So timbul plak idea nk share some ilmu every nite selepas aku ngaji. xsalah pon. saje nk berkongsi ilmu. So ni kiranya 1st time aku post la.

Masa ni aku dah masuk surah Al- Kahf. Ayat 31. Kesimpulannya, ni la gambaran tempat tinggal orang yang beriman kpd Allah, apabila di syurga nanti.


Ini pon dari surah Al- Kahf, ayat 49.

Maksud, semua bnda yg kita buat dalam dunia ni, even sekecil mana pon, baik atau buruk, akan dicatat.


Ini dah lupa la bila. lokasi, dlm bilik aku. Aish, jam putih tu sampai sekarang aku xjumpa kat mana. 

Buku tu plak along aku dpt percuma sebab die beli ape ntah..


Ini kek hari lahir mak sy yg ke 49.. :) love love love love mak


oke done for today.. 
sebarang komen, pendapat,cadangan yg tidak mendatangkan keuntungan... sila lah..




labesl INSTAGRAM di sini ialah gambar-gambar yang di kumpul dari instagram saya sendiri dan di muatkan ke dalam blog ini untuk dikongsikan kepada pembaca.

Kepada yang nak follow instagram saya - FASIHAH_JASNI

Memandangkan manusia skrg ni asyik2 duk ber-instagram je.. aku pon nak jugak.. ko ingat ko je ada instagram ? bhahahahaha

memandang kan tenet ofis aku skrg ni cam haram, keje ape pon xleh buat.  so baik aku tunjuk kat korang gambaq-gambaq instagram yang aku ada. hahahaha


ini la jadi bila orang dah xtau nak tulis hape dalam blog dorang.. Let us begin,,,,,






Nama budak kecik yang aku dukung tu Iman Amsyar Faruqi. Sepupu aku yang paling bongsu. Ini time die dekat 1 tahun kalau xsilap aku. Aku kalau seminggu xjumpa budak ni, dah boleh jadi xtentu arah !

Tiap2 minggu mesti balik dari tempat kerja ke dungun, lebih kurang 1 jam 30 minit, semata-mata nk jumpa budak ni.

Budak yg buat V tu plak, anak sepupu aku yang sulung. Nama die Danish. Kadang2 je jumpa die sebab die duk shah alam. klau time raya, jumpa la.



Hah kuning nye mak nyah ! bersinar.... korang tgk gambar pon dah tau kan lokasi die kat mana.
Ini time kenduri salah sorang staf ayah aku.




malas nak cakp banyak la, ko tgk gelas tu tulis haper. ko tau la aku kat mana.



Iman tengah main tepok amai-amai. eeee geramnya aku tgk ! masa ni xsampai  1 tahun lg rasanya. Budak ni dgn aku and along aku, mmg manja..

Sebab tu lah aku xleh kalau xjumpa die seminggu ! aish !



Ini namanya Domino's Pizza pada sape2 yg xtau.. ada ke yg xtau ? hehe.. kalau korg nak tau banyak2 ni, aku order just untuk 2 orang makan. haaaaaaa melampau x ? tp disebabkan time aku order ni kami tersangat lah lapar, so nafsu menguasai segala galanya ! so haper lagi.. aku tibai la...

kerja ni aku buat dengan genga aku nama die Ain Kamaliah Tajuddin. Time ni kami berdua je yg ada kat rumah.

yang aku nak suggest kat sini ialah chicken wing and banana kaya die tersangatlah sodap !

Ini time aku study kat johor. Skrg sedih bebenor aku ni pasalnya kat Terengganu xde Dominos ! hai sabar jela hati




Ini namanya Si Cantik dan Si Cun. kekekekeke ini namanya Ain Yahya..  My best fren masa study dulu. Dalam ramai2 kawan aku, die ni la yang paling banyak kisah tragis pasal cinta. hahaha dah dah xleh cite lebeh2...

Ain ni orang soromban nogori sombilan. tp langsung xtau cakap N9 ! Patut buang negeri aje budak ni.







Ini yang mak nak tunjuk kat nyah nyah semua. Korang jgn xtau mak ni dulu hambek kursus ape time blajo.. Tengok la produk2 kami tuuu... Jangan jeles nork !






This is my oldest sister. Aku panggil die Along. Die lah kakak, die lah abang... kadang2 die lah mak, die lah ayah..

Korang nk tau pasal haper die hambek gambaq cam ala2 tengah makan tu, pasalnya die nk sorok jerawat yg mula menyinar kat area dagu die tu.

Time ni kami baru pas mandi manda kat air terjun cemerong.
Korang jgn tanya asal die kecik, asal aku besar. aku hempok nnti.






Oke, ini nama die Encik Wan Jasni aka Wanjas aka Wanjay. Ini ayah aku.

Time ni we are heading to Terengganu, dari Johor. Ayah ambik aku kat Johor pasanya aku dah habis study.




Budak kecik ni nama die Safika Basir. Sape ? Ini lah bestfren aku, merangkap classmate aku, merangkap housemate aku, merangkap roomate aku. Dalam hidup aku, aku x pernah jumpa orang sesabar si Fika ni. org yg kenal die mesti tau die macam mana. Susah ko nak tgk die marah orang.. Susah !

I miss u so much Fika !!





Ini biasalah mcm yg korang nampak, aku dgn along dalam kete. aku drive, die duk sebelah, nak g kenduri kawen kawan die. sekian...



Ini budak kuantan. ada sape2 kenal ? haha. Nama die fafa, kalau nak nganjing, panggil die fafa hermosa. hermosa tu ape ? aku pon xtau.. itu nama fb die. hahah

Kawan aku time blajar, classmate and housemate jgk. Comel budaknya. hehe

Ko nk tau benda alah yang die duk peluk tu batang penyapu. Masa ni tengah kemas2 taman depan jabatan kami, kelas maintainance punya pasal !
Hanset N95 aku dgn die ntah bile die nk pulang. bhahahah !


Sekian la sudah untuk part 1 ni. Malas dh aku nk taip... Part 2 coming soon..

Adios !
Salam, entry kali ni pasti sesuatu yang lain dari apa yg aku pernah tulis...

Tanggal 22 Oktober 2012, hari yg xkan aku lupakan, hari yang hampir meragut nyawa ku...

Bismillahirahmanirrahim........

Jam berbunyi tepat jam 5:45 am. Aku bangun dan bersiap untuk pergi kerja. Mengharungi perjalanan dari rumah ke tempat kerja selama 1 jam 30 minit sudah menjadi kebiasaan pada aku. Tepat jam 6:30 am aku dah bersiap untuk bertolak ke tempat kerja. Sebelum berangkat, tangan mak dan ayah aku salami, pipi mereka aku cium, seperti biasa. Aku panaskan enjin kereta. Tiba-tiba mak bertanya ;

MAK : Angah, dalam kereta ada Surah Yassin x ?
AKU : xada lh mak
MAK : Tunggu kejap mak ambik............ nah ambik Yassin warna merah, biar satu set dengan warna kereta.
AKU : ( ambik tanpa cakap banyak )
MAK : Nanti nak lalu Bukit Bauk gelap2 mcm ni Yassin kene lah ada..

Aku bertolak ke tempat kerja. Seperti biasa sebelum mulakan perjalanan, doa naik kenderaan wajib aku baca. itu dah jadi kebiasaan pada aku. Bila kereta mula bergerak, radio mula aku pasang. Kedengaran lagu2 yg aku dh siap masukkan dalam pandrive. Aku menyayi mengikut rentak lagu, sambil memandu dengan tenang.

Tiba di kawasan Bukit Bauk, selepas melalui satu selekoh, kereta aku mula hilang kawalan. Stereng kereta berputar dengan sendiri ke kiri dan ke kanan. Aku cuba mengawalnya tapi xblh ! Akhirnya stereng itu berputar ke kanan dan kereta aku terus menjunam ke gaung. Saat kereta itu mula jatuh, aku hanya mampu memejamkan mata dan berkata '' Mati lah aku !''. Dapat aku rasakan kereta melambung dengan kuat dan bergerak sejauh 200 m dari jalan raya.

Tiba2 aku rasa kereta berhenti. Aku membuka mata. Dapat aku lihat but hadapan kereta mengeluarkan asap yang banyak. Aku menggigil ! Dengan kekuatan yang masih berbaki, aku cuba keluar dari kereta. Tapi pintu sebelah pemandu xleh dibukan, Dah rosak ! Aku cuba buka pintu pnumpang. Alhamdulillah berjaya. Akibat sakit diseluruh badan, aku hanya mampu merangkak keluar dari kereta dan duduk di atas rumput. Perasaan aku waktu tu ? hanya satu.. TAKUT. Dengan kudrat yg ada, aku capai talifon dan cuba hubungi mak dan ayah. Namun tidak berjawab.

10 minit kemudian, orang awam mula sedar, ada satu kereta terbabas di situ dan mereka mula membantu. Akibat terlalu sakit dan terkejut, aku hanya mampu terbaring di atas rumput tanpa menghiraukan orang ramai yang datang membantu. Atas bantuan mereka, ambulance datang 30 minit kemudian dan aku dibawa ke hospital.

Sampai di hospital, pegawai perubatan bertanya itu dan ini kepada aku dan aku hanya mampu mengangguk dan menggeleng. Sungguh, aku tidak ada kudrat untuk bercakap. Apa yg aku mampu cakap '' sy sakit dada dan kepala''. 30 minit aku dimasukkan ke bahagian kecemasan, barulah aku melihat kelibat mak dan ayah. Tanpa diminta, air mata yg aku tahan gugur. Wajah risau emak menjadikan aku makin lemah saat itu. Emak datang menghulurkan kekuatan pada aku.

Aku xnak cerita apa yg berlaku seterusnya kerana aku ternyata selamat dan masih sihat. Itu yang penting.

Kejadian ini memberi aku seribu satu pengertian. Aku bersyukur kerana diberi ujian ini dari Allah keranya ianya sungguh memberi maksud yang mendalam kepada aku dalam menilai kehidupan ni. 

I am REBORN ? yes. Di saat ini aku bagai dilahirkan semula. Saat aku rasakan ajal sudah datang menjemput, Allah masih bagi aku peluang untuk hidup di atas bumi Nya ini. 

Terima kasih Ya Allah, Kau panjangkan usiaku.
Terima kasih Ya Allah, Kau masih bagi aku pluang untuk melihat dunia Mu
Terima kasih Ya Allah, Kau bagi aku peluang untuk nerubah menjadi hamba Mu yang lebih baik

Terima kasih kepada semua yang membantu aku pada hari kejadian. Hanya Allah yang mampu membalas jasa kalian. 




Nasihat ? Pandangan ? Sila lah......