Salam, entry kali ni pasti sesuatu yang lain dari apa yg aku pernah tulis...

Tanggal 22 Oktober 2012, hari yg xkan aku lupakan, hari yang hampir meragut nyawa ku...

Bismillahirahmanirrahim........

Jam berbunyi tepat jam 5:45 am. Aku bangun dan bersiap untuk pergi kerja. Mengharungi perjalanan dari rumah ke tempat kerja selama 1 jam 30 minit sudah menjadi kebiasaan pada aku. Tepat jam 6:30 am aku dah bersiap untuk bertolak ke tempat kerja. Sebelum berangkat, tangan mak dan ayah aku salami, pipi mereka aku cium, seperti biasa. Aku panaskan enjin kereta. Tiba-tiba mak bertanya ;

MAK : Angah, dalam kereta ada Surah Yassin x ?
AKU : xada lh mak
MAK : Tunggu kejap mak ambik............ nah ambik Yassin warna merah, biar satu set dengan warna kereta.
AKU : ( ambik tanpa cakap banyak )
MAK : Nanti nak lalu Bukit Bauk gelap2 mcm ni Yassin kene lah ada..

Aku bertolak ke tempat kerja. Seperti biasa sebelum mulakan perjalanan, doa naik kenderaan wajib aku baca. itu dah jadi kebiasaan pada aku. Bila kereta mula bergerak, radio mula aku pasang. Kedengaran lagu2 yg aku dh siap masukkan dalam pandrive. Aku menyayi mengikut rentak lagu, sambil memandu dengan tenang.

Tiba di kawasan Bukit Bauk, selepas melalui satu selekoh, kereta aku mula hilang kawalan. Stereng kereta berputar dengan sendiri ke kiri dan ke kanan. Aku cuba mengawalnya tapi xblh ! Akhirnya stereng itu berputar ke kanan dan kereta aku terus menjunam ke gaung. Saat kereta itu mula jatuh, aku hanya mampu memejamkan mata dan berkata '' Mati lah aku !''. Dapat aku rasakan kereta melambung dengan kuat dan bergerak sejauh 200 m dari jalan raya.

Tiba2 aku rasa kereta berhenti. Aku membuka mata. Dapat aku lihat but hadapan kereta mengeluarkan asap yang banyak. Aku menggigil ! Dengan kekuatan yang masih berbaki, aku cuba keluar dari kereta. Tapi pintu sebelah pemandu xleh dibukan, Dah rosak ! Aku cuba buka pintu pnumpang. Alhamdulillah berjaya. Akibat sakit diseluruh badan, aku hanya mampu merangkak keluar dari kereta dan duduk di atas rumput. Perasaan aku waktu tu ? hanya satu.. TAKUT. Dengan kudrat yg ada, aku capai talifon dan cuba hubungi mak dan ayah. Namun tidak berjawab.

10 minit kemudian, orang awam mula sedar, ada satu kereta terbabas di situ dan mereka mula membantu. Akibat terlalu sakit dan terkejut, aku hanya mampu terbaring di atas rumput tanpa menghiraukan orang ramai yang datang membantu. Atas bantuan mereka, ambulance datang 30 minit kemudian dan aku dibawa ke hospital.

Sampai di hospital, pegawai perubatan bertanya itu dan ini kepada aku dan aku hanya mampu mengangguk dan menggeleng. Sungguh, aku tidak ada kudrat untuk bercakap. Apa yg aku mampu cakap '' sy sakit dada dan kepala''. 30 minit aku dimasukkan ke bahagian kecemasan, barulah aku melihat kelibat mak dan ayah. Tanpa diminta, air mata yg aku tahan gugur. Wajah risau emak menjadikan aku makin lemah saat itu. Emak datang menghulurkan kekuatan pada aku.

Aku xnak cerita apa yg berlaku seterusnya kerana aku ternyata selamat dan masih sihat. Itu yang penting.

Kejadian ini memberi aku seribu satu pengertian. Aku bersyukur kerana diberi ujian ini dari Allah keranya ianya sungguh memberi maksud yang mendalam kepada aku dalam menilai kehidupan ni. 

I am REBORN ? yes. Di saat ini aku bagai dilahirkan semula. Saat aku rasakan ajal sudah datang menjemput, Allah masih bagi aku peluang untuk hidup di atas bumi Nya ini. 

Terima kasih Ya Allah, Kau panjangkan usiaku.
Terima kasih Ya Allah, Kau masih bagi aku pluang untuk melihat dunia Mu
Terima kasih Ya Allah, Kau bagi aku peluang untuk nerubah menjadi hamba Mu yang lebih baik

Terima kasih kepada semua yang membantu aku pada hari kejadian. Hanya Allah yang mampu membalas jasa kalian. 




Nasihat ? Pandangan ? Sila lah......