BAHAN KARAMEL :
5 tbs gula besar
2 tbs air

* masak di atas dapur sehingga semua gula cair, dan segera masukkan ke dalam loyang. Biarkan karamel keras.


BAHAN PUDING :

1 cawan susu pekat
1 cawan susu cair
3 biji telur
sedikit esen vanila

* Semua bahan dipukul lembut. Masukkan ke dalam loyang karamel. dikukus selama 20 minit.


BAHAN KEK

Bahan A :
1/2 cawan gula
1 cawan serbuk koko
1/2 cawan susu pekat
1 cawan susu cair
1 cawan minyak
* Semua bahan dimasak sebentar di atas api

Bahan B:

11/4 cawan tepung gandum
1 tsp soda bikarbonat
1 tsp baking powder
* Semua bahan di ayak

Bahan C:

3 Biji telur 
* Dipukul sehingga kembang

CARA-CARA :

* Masukkan bahan B dan C ke dalam bahan A. 
* Masukkan kesemua bahan kek ke dalam puding yang dah siap dikukus. Kukus kek 1 jam setengah atau sehingga masak.