Assalamualaikum....  hari ni dah hari ke 12 kita berpuasa. Sekejap ke kan, kita dah masuk fasa ke 2 bulan puasa ni. Okeh, hari ni saya nak kongsi satu lagi resepi kek. Kalau hari tu saya ada kongsikan resepi KARAMEL COKLAT KEK, hari ni saya nak kongsi kan resepi CARAMEL RAINBOW CAKE plak. Bukan susah pon, kene rajin siket je, semua boleh jadi. :)

BAHAN KARAMEL :
5 tbs gula besar
2 tbs air

* masak di atas dapur sehingga semua gula cair, dan segera masukkan ke dalam loyang. Biarkan karamel keras.

BAHAN PUDING :
1 1/2 cawan susu pekat
1 1/2 cawan susu cair
4 biji telur
sedikit esen vanila

* Semua bahan dipukul lembut. Masukkan ke dalam loyang karamel. dikukus selama 20 minit.

BAHAN KEK:
1 cawan mentega ( suhu bilik)
3/4 cawan gula kastor
3 biji telur
4 tbs susu cair
1/4 cawan susu pekat
1/4 cawan serikaya
11/2 cawan tepung gandum ( diayak)
1 tsp serbuk penaik
1 tsp vanilla
pewarna merah, biru, kuning, hijau ( ikut suka)

CARA-CARA:
Pukul mentega dan gula hingga kembang. Masukkan telur satu persatu dan pukul sebati

Masukkan susu pekat, seri kaya dan vanilla dan kacau sehingga rata. Masukkan tepung gandum dan sebuk penaik. Kacau rata dan masukkan susu cair.

Bila sebati, bahagikan adunan ini kepada beberapa bekas. Letakkan sedikit pewarna ke dalam adunan berkenaan.

Sudukan selang seli ke dalam loyang yang sudah dilengser dengan marjerin. Tutup loyang dengan aluminium foil dan kukus selama 1 jam.

p/s : saya guna pengukus elektri, jadi masa yang di ambil untuk kek ni masak hanya setengah jam.









Assalamualaikum.. 

hari ni dah masuk hari ke 9 kita berpuasa. Sekejap je dah nak masuk 10 hari. Hari ni saya ada sedikit cerita yang nak dikongsikan pada pembaca semua, berkenaan dengan derma. Ya, derma.. Derma yang ramai orang susah nak buat, walaupun hanya RM1. 

Semalam, selepas waktu kerja, macam biasa saya akan ke bazar ramadhan terlebih dahulu sebelum pulang ke rumah. Usai membeli juadah untuk berbuka, baru saya perasan minyak kereta dah nak habis. Dah keluar warning warna kuning pon..saya selalu macam ni. x pernah perasan minyak kete nak habis.  So, saya ke stesen minyak terdekat untuk isi minyak. Dekat area rumah sewa saya ni, stesen minyak yang paling dekat ialah Shell Cabang Tiga.


Bila sampai di stesen minyak berkenaan, saya nampak ada seorang budak perempuan, bertudung dan berbaju kurung, sambil membawa sehelai kertas dan sebotol ubat (kalau x silap) di tangan nya. Die bergerak dari sebuah ke sebuah kereta, dan bercakap sesuatu kepada pemandu kenderaan berkenaan.Saya tak pasti apa yang dicakapkan. Tapi apa yang pasti tujuan gadis berkenaan ialah mahu orang ramai membeli ubat berkenaan sambil mahu meminta derma. Yes, common view we see in may place. Tapi sejauh mana tindakan kita ??


Saya masih menunggu giliran untuk mengisi minyak. Tiba-tiba datang sebuah motosikal yang dah buruk, dipandu oleh seorang pakcik tua. Saya sempat melihat dalam raga motor pak cik ni ada 2 bungkusan plastik yang berisi makanan, baru balik dari bazar agaknya. Selesai pak cik ni mengisi minyak motornya, budak perempuan tadi pergi ke arah motor ni dan becakap dengan pak cik berkenaan. Saya dapat lihat pak cik tu menyambut kedatangan budak perempuan itu, dan mendengar apa yang di cakapkan oleh budak perempuan itu, dengan senyuman. Tiba-tiba saya nampak pak cik ni seperti mencari sesuatu di poket seluarnya. Ternyata dia mengeluarkan RM1 dari poket seluarnya dan memberikan kepada budak perempuan berkenaan. Budak perempuan itu menerima wang berkenaan dengan senyuman. Kemudian pak cik tu pon beredar.


Tiba giliran saya untuk mengisi minyak. Seperti yang saya sudah jangka, budak perempuan berkenaan pasti akan ke kereta saya pula. Die berdiri di tepi kereta saya dan memberi salam. Budak perempuan berkenaan menerangkan yang die menjual ubat ( ubat apa x sure). Bila dilihat pada wajah budak perempuan ini, seperti masih di bangku sekolah rendah. Tanpa berlengah saya mengeluarkan beg duit saya. Ada 3 keping not RM50 dan 1 keping not RM5. Saya menghulurkan sekeping not RM5 kepada budak perempuan berkenaan. Dengan pantas dia mengucapkan terima kasih kepada saya dan tersenyum lebar. Kemudian dia beredar dari kereta saya dan pergi ke kereta lain pula.


Dalam masa yang sama, datang sebuah kereta BMW 5 Series warna hitam, parking di sebelah pam kereta saya. Lantas budak perempuan berkenaan pergi ke kereta BMW berkenaan. Saya nampak budak perempuan berkenaan cuba bercakap sesuatu dengan pemandu berkenaan, namun tidak dilayan. Jangan kata mahu memberi derma, malah pemandu BMW berkenaan langsung tidak membuka tingkap keretanya, yang tinten warna hitam legam , ketika budak perempuan itu bercakap. Lantas budak perempuan berkenaan beredar dari kawasan kereta tu.


Sedih dengan apa yang saya lihat. 2 situasi yang jauh berbeza yang x tercapai akal untuk saya fikir. Seorang pak cik tua membawa sebuah motor buruk, menghulurkan RM1 untuk diderma dan sebuah kereta BMW yang langsung tidak menghulurkan apa-apa walaupon 10 sen ! Sedih..


Saya tahu bukan semua orang kaya berperangai macam pemandu BMW berkenaan. Tapi ini ialah salah satu jenis manusia yang Allah nak tunjuk pada saya......


Sekian. 


Haish.. last-last saya sambung jugak degree. Walaupon lepas habis diploma hari tu dah nekad habis-habisan x nak sambung degree, sampai mak ayah pon x tau nak cakap apa lagi. lalalallalalla. Biasalah, baru je lepas habis diploma, memang la rasa malas dah nak belajar. Tambah lagi bila fikirkan pula kena ambik masa 3-4 tahun plak untuk habiskan degree. Then saya ambil keputusan untuk kerja lepas diploma ni. Dah setahun kerja, baru lah mula rasa bosan kerja. Dari situ lah saya mula buat keputusan untuk sambung belajar. Tapi itu pon macam nak x nak je sambung. bhahahahah

Tanggal 11 Julai 2013, ntah kenapa satu hari ni saya tak senang duduk, dada berdebar-debar. haahahah cakap " x kisah kalau x leh sambung " tp x senang duduk jugak time hari result ni keluar. Sebab terfikir jugak, " kalau aku xleh sambung macam mana ?" " nak terus keje sini ke ?" dan saya...................................

......................... ditawarkan untuk menyambung pelajaran SARJANA MUDA SAINS (KEPUJIAN) PENGURUSAN HOTEL di UITM.

Siapa sangka, budak malas belajar ni akhirnya sambung belajar jugak. Ramai orang tanya, "nape tiba-tiba nak sambung ni. dulu cakap x nak". Saya pon x tau nak jawab apa. perlu ke saya jawab soalan-soalan macam tu. Jawapan yang saya biasa jawab "sebab masa depan". Then bila saya jawab macam tu, orang akan pertikai plak, " So ko nak cakap orang yang x sambung degree ni x de masa depan ?". adoiiiiiiiiii...Soalan-soalan masak lemak cili api ni lah yang saya malas..
Biarkan lah mereka-mereka ni dengan soalan-soalan dodol yang bermain dalam fikiran mereka. Yang penting, apa yang saya buat ni saya tahu ialah yang terbaik untuk saya. 

Tapi....... dapat UITM mana ekk? dalam result tu tulis 'Calon boleh mencapai surat tawaran melalui laman web IPTA mulai 12 Julai 1013'. adoiii pulak dah. Esok plak baru tahu dapat sambung UITM mana. Harap-harap dapt UITM Dungun je. Dekat dengan rumah, dengan mak ayah, dekat dengan semua lah. 

"Nape nakUITM Dungun?" , "Nape nak dekat dengan rumah ?" ,  "pergi jauh la boleh kenal tempat orang". itu lah yang biasa orang cakap. Tapi bagi saya kalau dapat belajar dekat dengan rumah ni, boleh jimat duit nak bayar tambang bas, RM100 pergi balik apa cer kan. kalau ada masalah, famili dekat dengan kita, dan macam-macam kebaikkan lagi. 3 tahun saya duk Johor masa diploma dulu, dah cukup untuk bagi saya pengalaman belajar jauh. So, kali ni saya berharap sangat dapt dekat rumah. Tapi kalau dapat jauh pon, tu bukan bermakna saya nak tolak tawaran tu.

12 Julai 2013, debaran kedua untuk tau saya ditempatkan di UITM mana. Dan UITM yang sudi terima budak malas ni ialah................................



..........................UITM kampus bukit mertajam.Pulau Pinang ???? Mak ayah jauh nye !!!haaaaaaaaa tu lah berharap sangat dapat yang dekat kan. Skali dapat yang jauh. Tapi saya bersyukur, sebab ada kawan baik yang belajar kat UITM ni.. Best friend since sekolah rendah till now.

And you know what, saya dah tak sabar nak gi sana !

Adios.. Salam..






Petang-petang yang panas macam ni, tetibe tekak ni rasa nak makan benda sejuk. Nak buat  ABC ? Xde mesen ais. Teh o ais ? Tengah pantang minum teh. Milo ais ? Urghhh bosan. Ais krim ? Rare... Ais krim goreng ?? Nyum..

Jom buat ais krim goreng !
Ais krim goreng ni sebenarnya boleh buat guna 2 bahan iaitu doh atau roti. Kalau guna doh, mestilah mula-mula kita kene buat doh ni.. leceh kan. So now saya pilih untuk guna roti. Nanti ada masa saya bagi resepi untuk doh ye.

Bahan-bahan dan barang-barang :
Ais krim
Roti
Plastik ais
Cawan/gelas (bersaiz besar tetapi lebih kecil dari permukaan roti)

Cara-cara :
Ambil satu keping roti dan letakkan di atas bekas yang rata.
Letakkan 2 scoop kecil aiskrim diatas roti berkenaan.
Ambil satu lagi roti dan letak di atas aiskrim.
Ambil cawan atau gelas dan tekupkan di atas roti berkenaan. Tekan roti berkenaan menggunakan cawan sehingga roti tersebut terpotong.
Letakkan roti ini ke dalam plastik.
Segera masukkan ke dalam peti sejuk
Biarkan 3-4 jam untuk roti menjadi beku.

Selepas roti dah beku, keluarkan dari peti sejuk dan sedia untuk digoreng.
Panaskan minyak.
Bila minyak dah panas, goreng rotin yang telah kita bekukan tadi selama 30 saat sehingga 1 minit sahaja. Jangan goreng lama-lama. ( gunakan proses deep frying )

Ais krim goreng sedia untuk dimakan !! Selamat mencuba !!

Roti yang saya gunakan

Saya guna ais krim perisa vanila


2 scoop aiskrim diletakkan di atas roti

Kepingan roti yang ke dua diletak di atas aiskrim


Ais krim yand dah dipotong menggunakan cawan


Selepas digoreng


Ready to serve

Nyum... breakfast sebelom gi keje :)