Resepi Aiskrim Goreng

, , No Comments
Petang-petang yang panas macam ni, tetibe tekak ni rasa nak makan benda sejuk. Nak buat  ABC ? Xde mesen ais. Teh o ais ? Tengah pantang minum teh. Milo ais ? Urghhh bosan. Ais krim ? Rare... Ais krim goreng ?? Nyum..

Jom buat ais krim goreng !
Ais krim goreng ni sebenarnya boleh buat guna 2 bahan iaitu doh atau roti. Kalau guna doh, mestilah mula-mula kita kene buat doh ni.. leceh kan. So now saya pilih untuk guna roti. Nanti ada masa saya bagi resepi untuk doh ye.

Bahan-bahan dan barang-barang :
Ais krim
Roti
Plastik ais
Cawan/gelas (bersaiz besar tetapi lebih kecil dari permukaan roti)

Cara-cara :
Ambil satu keping roti dan letakkan di atas bekas yang rata.
Letakkan 2 scoop kecil aiskrim diatas roti berkenaan.
Ambil satu lagi roti dan letak di atas aiskrim.
Ambil cawan atau gelas dan tekupkan di atas roti berkenaan. Tekan roti berkenaan menggunakan cawan sehingga roti tersebut terpotong.
Letakkan roti ini ke dalam plastik.
Segera masukkan ke dalam peti sejuk
Biarkan 3-4 jam untuk roti menjadi beku.

Selepas roti dah beku, keluarkan dari peti sejuk dan sedia untuk digoreng.
Panaskan minyak.
Bila minyak dah panas, goreng rotin yang telah kita bekukan tadi selama 30 saat sehingga 1 minit sahaja. Jangan goreng lama-lama. ( gunakan proses deep frying )

Ais krim goreng sedia untuk dimakan !! Selamat mencuba !!

Roti yang saya gunakan

Saya guna ais krim perisa vanila


2 scoop aiskrim diletakkan di atas roti

Kepingan roti yang ke dua diletak di atas aiskrim


Ais krim yand dah dipotong menggunakan cawan


Selepas digoreng


Ready to serve

Nyum... breakfast sebelom gi keje :)

0 comments:

Post a Comment

Tak ada halangan untuk komentar dan pendapat. Silakan......