Pasti ramai yang pernah hadapi situasi genting dalam hubungan kan. Genting yang mana korang kene tinggal/tipu/kencing dengan pasangan masing-masing. Masa tu rasa macam gunung everest tengah jatuh dan hempap kepala korang. Jantung plak rasa macam ada 3 biji bom yang dah ditanam dan tunggu rasa nak meletop je. Aku tau lah sebab aku pon pernah rasa. Pernah kene tinggal hidup-hidup, kering-kering dengan ex pakwe aku.

Sekadar nak kongsi dengan korang pengalaman dan apa yang aku pernah rasa. Ini kisah zaman tak berapa nak gemilang aku dulu. Bila dia bagi tahu dia nak putus dan dia nak kawen, aku rasa macam tengah jatuh dari bangunan 200 tingkat (walaupun tak tau rasa jatuh macam mana, x de pengalaman ). Masa tu aku rasa macam nak potong anu dia dan campak dalam sungai amazon kasi ikan piranha makan. 

On that day aku kene tinggal, aku menangis bagai nak rak kat riba bestfriend aku. Menangis sekuat hati sampai dah x leh nak kawal volume ni. Sampai jiran aku dengar dan dia cakp "Ingat ke bunyi TV". Tapi kalau korang pon, apalah yang boleh dibuat masa tu, hanya boleh menangis dan menangis. Dari siang sampai malam aku menangis, sampai tertidur sendiri. Esok bila buka mata, menangis lagi. Bila pergi kelas esok hari tu, semua orang perasan mata aku bengkak. Apa x nya kan. macam ada bola golf tertanam dalam mata ni. Bengkak oii ! 

Masa tu orang akan tertanya-tanya, "apa salah aku", "x cukup ke dengan setia yang aku bagi", " x cukup ke dgn jujur yang aku bagi". Tapi semua soalan tu takkan ada jawapan. Yang aku tahu, dia dah x ada... x ada...
Ini padahnya kalau bercinta dengan orang yang dah kerja, dia dah ada duit, dia nak kawen lah. dia dah x nak tunggu kita yang tengah merangkat nak belajar kat universiti ni. Padan muka aku.. Masa ni lah aku asyik ulang dengar lagu 'wish u werw hear - avril', 'thinking of u-kety perry'.

As the time goes by, aku mula move on.. Kene move on. sampai bila korang nak hidup macam tu kan. nak kenangkan dia yang x guna tu. kalau dia tu bagos sangat, x de la dia nk buat kat ko macam tu kan. Dah dia memang bangang, nak buat macam ni. Ingat kata-kata ni.....

                                                         Andai saya kalah memiliki awak,
                                                         maka saya terima segala kelemahan saya.
                                                         Andai awak kalah memiliki saya,
                                                         maka awak kena terima yang awak rugi gila.
Memang di rugi lah......

So antara cara-cara yang korang boleh buat untuk lupakan masalah tu, yang pertama sekali mesti lah ingat Allah. Ingat Tuhan.. sebeb Dia je yang boleh tolong korang. Banyakkan berdoa. 
Yang kedua pulak, korang kene sibukkan diri.. Buat la apa-apa yang boleh buat korang sibuk. Baca buku sampai mutah, buat latihan subjek acount, pergi rumah oarng tua buat kebajikan, makan dan makan,  tengok wayang, tengok running man, macam-macam lah.. bila korang sibuk, mesti korang x kan ingat dia.

Dan cubalah cari pengganti dengan kadar yang segera. Sebab kehadiran yang baru dapat buang kenangan pada yang lama. percaya lah. Jadi jangan putus harapan, percaya lah akan ada yang terbaik untuk kau. Lepas hujan, pasti ada pelangi yang akan datang kan. Jadi jangan hilang harapan......

smile... :)


By Wan Nur Fasihah

Awak.
Kawan saya cakap saya ini sudah dikategori public figure.
Celah mana public figure saya pun tak tahu. Yang penting sudah ramai orang mengenali saya.
Lebih ramai orang kenal, lebih banyak kawan saya jumpa.

Dan saya sendiri tidak akan tahu yang mana satu kawan, yang mana satu kawan berlawan.

Sebab itu saya mengecilkan ruang berkawan saya.
Cuba awak lihat dengan siapa saya berkawan.
Tidak ramai bukan?

Jika kawan saya yang kecil ini juga gunting dalam lipatan.
Ya saya kecewa.
Tapi saya tahu saya perlu hadapi juga satu hari nanti.

Saya sudah tidak peduli tentang makwe, kekasih, tunang, isteri dan sebagainya.
Bila saya berjumpa dengan kawan-kawan lama saya. Iaini kawan-kawan saya yang mengenali saya sejak sekolah dan universiti. Mereka mengenali saya pada sifat yang awal, bukan yang terkini.
Mereka juga hadapi hal yang sama.
Curse.

Saya rasa saya setuju bahawa kalau ada makwe. Baik kita simpan.
Tapi saya tak nak jadi macam Deus. Dia ada makwe. Dia simpan.
Tapi dia ketawa tengok phone serupa orang gila.
Lalu hal ini mengingatkan saya tentang Leplep.
Bila entah Deus dan Leplep nak kembali bersatu semula seperti dahulu.

Maaflah kalau saya terlalu berterus-terang atau menghebahkan.
Saya memang begini. Saya seorang yang prihatin. Lebih prihatin dari Anwar Ibrahim.

Saya kalau nak mengorat makwe. Pick-up line saya memang bodoh-bodoh.
Contoh seperti;

"Awak ni bukan Lisa Suriani kan? Kalau bukan, saya nak berkenalan"

atau seperti

"Awak baca Kasarnova? Apa kata awak try baca Heroin. Orang perempuan banyak baca yang ini."

See? Saya memang bodoh dalam berkenalan dengan perempuan yang saya tak kenal. Selalunya saya melihat reaksi pertama bila si dia membuka mulut. Dari situ saya tahu dia ni jodoh saya melalui syaitan, melalui jin atau melalui Tuhan.

Tapi tu lah.


Semuanya bila membuka mulut. Saya rasa saya yang syaitan sebenarnya.



Karya asal dari TERFAKTAB
Wahai jiwa,
Kenapa ko selalu pikir nak pakwe,
Padahal umur baru dua puluh dua,
Jeles sangat ke tengok orang lain ada yang punya ?
Padahal ramai lagi manusia yang boleh hidup biasa,
Boleh je hidup gembira......

Wahai hati,
Kalau mak ayah tau ko gatal macam ni,
Balik cuti sem ni ko makan kaki,
Dorang datang hantar belajar sini nak suruh jadi wirawati,
Jadi manusia yang boleh berdiri di atas kaki sendiri,
Tapi ko sibuk pikir mana nak cari laki,
Aku pon x tau apa lah yang nak jadi....

Wahai pendita,
Bukan senang nak cari laki yang x pandang rupa,
Pompuan pon susah nak cari yang x pandang harta,
Ini memang perangai manusia rata-rata,
Perempuan cari laki yang pakai kereta,
Lelaki cari perempuan yang sedap nak dipandang mata,
X ada apa yang nak di kata,
Hanya boleh doa supaya dapat pasangan yang setia.....

Wahai diriku,
Baik ko pikir camne nak kurus dulu,
Body bentuk macam buah hempedu,
Kene kurus dulu macam botol budu,
Bila dah kurus baru ada yang sanggup nak beradu,
Berebut nak dapatkan ko yang cantik gitu.....

Wahai hati,
Usah di pikir siapa yang mahu dekati diri,
Sebab pasti suatu hari nanti,
Ko akan jumpa orang yang sudi,
Ambik ko untuk jadikan bini,
Terima ko seadanya sampai mati,
Sebab jodoh dah tertulis sejak azali....

Wahai Tuhan,
Terima kasih kau berikan aku iman,
Akan ku jadi hamba Mu yang sentiasa beriman,
Untuk hidup di akhirat Mu yang kekal aman....





Hasil nukilan : Wan Nur Fasihah
26/9/2013
Hak cipta terpelihara
Lelaki oh Lelaki
Tak semua perempuan tu pandang hati
Jadi kau siap-siapkan lah diri
Dengan harta berguni-guni
Dah kau sendiri nak muka macam Angelina Jolie
Maintanance tinggi
Setakat pakai kereta Kenari
Makwe kilang sekarang pun demand tinggi
Mintak-mintak perempuan gini dapat dijauhi.

Perempuan oh Perempuan
Tak semua lelaki berperangai setan
Masih ada yang siuman
Yang jenis tak pandang kau punya cutting badan
Yang prefer muka keibuan
Jadi tak payah la kau asyik nak buat perbandingan
Muka kau dengan Emma Stone bagai langit dan lautan
Jadi jaga la perangai jangan jadi murahan.

Lelaki oh Lelaki
Tak semua perempuan pandai luahkan rasa hati
Jadi kau tengoklah kanan kiri
Mana tau hint-hint dah diberi
Jangan lah kau asyik buat tak reti
Makwe sakit hati pun kau boleh lepak Ameer Ali sampai pagi
Siap pulak kau bermention-mention dengan Nani, Hani, dan Abby Abadi
Nanti aku takut kau makan kaki
Baru kau tahu erti hidup ini.

Perempuan oh Perempuan
Tak semua lelaki jenis yang kau idamkan
Jenis apa kau mintak semua dia lambak penuh satu taman
Kau ni pun beragak agak lah kan
Kerja baru nak masuk 3 bulan
Kau dah mintak cincin berlian
Kau ingat kau kawan dengan jutawan?
Atau anak Sultan?
Come on la, pakwe kau tu pun tak cukup makan
Siap paw kau hujung bulan.

Perempuan oh Lelaki
Harap kau semua mengerti
Hidup bercinta tak manis hari-hari
Ada masa orang akan pergi
Ada masa kau sendiri lari
Harap kau tak makan diri
Harap kau tak rabak serupa ada orang mati
Setakat baru bercinta 3 bulan dah sampai nak bunuh diri

Kau nampak aku punya kaki?


Awak, mungkin awak tidak tahu,
yang begitu ramai bencikan awak.
Awak, awak mungkin tidak tahu,
yang begitu ramai dengkikan awak.

Jadi tolong, 
bila satu hari nanti awak bercinta,
mohon rahsiakanlah dari kawan-kawan.
Mohon simpanlah dia dari awak punya kumpulan.
kerana dalam ramai “kawan-kawan” awak itu,
Ada yang bukan sebenar-benarnya kawan.
Ada yang hanya
gunting dalam lipatan.

Awak tahu kenapa awak single?
Awak single sebab
setiap kali awak hulurkan bunga,
ada “rakan” yang mengeluarkan gunting dan mencantas bunga itu.
dan kalau awak dapat pun si gadis baru,
mereka tunggu, tunggu di sebalik pintu.
Tunggu kalau ada perselisihan faham sedikitpun,
mereka nampak peluang mereka dan
mereka lancarkan serangan.

Awak, ini nasihat
saya nampak semua yang berlaku,
dengan kekasih awak yang dulu-dulu.
Ada kawan yang memang kawan,
ada kawan, yang hatinya penuh lawan.

Awak, ini nasihat
saya pohon jika awak punya teman lagi,
simpan kisah awak dan dia
baik-baik dalam hati sendiri.
Biar kata-kata manis,
hadiah-hadiah indah
milik awak berdua
tanpa dikongsi siapa-siapa.

Sesungguhnya awak,
belum tahu lagi
bahawa pencinta rahsia itu lebih indah
lebih manisnya
daripada pencinta yang memberitahu dunia.







Awak,
Buat apa tu?
Dah makan?
Ada sakit apa-apa?
Kerja okay?
Hari ni ada apa-apa nak mengadu tak?
Kalau semua orait, baguslah.

Awak,
Hari ni cinta masih kuat, rindu masih likat, harap awak sentiasa dekat.
Tapi masa depan kita tak boleh nak teka teka.
Mana tau esok hari tiada jodoh antara kita.
Maka itulah tujuan surat ini, sebagai penguat semangat.
Sengaja saya tulis dalam bentuk entri supaya awak tak boleh bakar sebab taknak ingat.

Awak,
Seperti malam boleh menjadi pudar,
Hujan boleh berhenti, bunga tidak berkembang,
begitu juga dengan perasaan.
Boleh sahaja perasaan itu kurang atau hilang tiba-tiba,
Tapi janganlah awak beranggapan ada kurang di pihak awak atau saya,
Itu mungkin kehendak Tuhan.

Kehendak Tuhan kena pasrah, tak boleh resah, parah atau marah-marah.
Dan jangan pula awak menyerah kalah.

Benda dah lepas, maka lepaskanlah.
Pegang masa depan dengan erat,
andai ia terlepas, awak baca semula ayat pertama perenggan ni.

Awak,
Biasakanlah hidup tanpa saya,
Risau-risau saya hilang tiba-tiba,
Hilang diambil Tuhan atau hilang tanpa berita.

Mungkin cinta sahaja tidak cukup,
mungkin bayangan wajah awak di siling setiap malam tidak cukup,
mungkin mimpi indah juga tidak cukup,
mungkin apa yang cukup mungkin juga tidak nampak cukup.

Deep kan ayat tadi?
Saya baru terpikir tu, terasa genius jugak.

Awak,
Jika hubungan kita berakhir,
dan saya kelihatan tidak peduli tentang awak,
percayalah, saya peduli.
Apa orang lain pikir, saya tak peduli.

Saya cuma tidak mahu mengganggu,
mengganggu hidup dan hati,
tak perlu ditunggu,
cukup jika awak bahagia dan tak pernah termangu.

Dalam cinta, tak ada tapi tapi,
Tak ada keputusan seri,
Perlu jelas dan sentiasa bererti.

Andai saya kalah memiliki awak,
maka saya terima segala kelemahan saya.
Andai awak kalah memiliki saya,
maka awak kena terima yang awak rugi gila.

Tiba-tiba, saya rasa melankolik,
rasa macam pasir masuk mata,
tapi jangan risau, bab sedapkan hati sendiri saya cukup terer.

Jika tanpa saya atau adanya saya,
benda paling penting awak bahagia,
awak bahagia, saya juga,
kalau rabak sikit sikit tu perkara biasa.

Saya sudahkan surat ini dengan ucapan maju jaya,
semoga cinta ada ruang,
semoga kita ada peluang,
andai semuanya terbuang,
jangan pernah berhenti berjuang.

Salam sayang teramat sayang untuk kekasih yang manis tapi kadang kadang bengis.



P.S : Surat ni hanya valid kalau tiba-tiba status awak bertukar menjadi bekas kekasih. Kalau belum, anggap sahajalah saya menulis di bawah pengaruh dadah.






labesl INSTAGRAM di sini ialah gambar-gambar yang di kumpul dari instagram saya sendiri dan di muatkan ke dalam blog ini untuk dikongsikan kepada pembaca.

Kepada yang nak follow instagram saya - FASIHAH_JASNI


Arghhhh comel nye I... haahhahah sila tumpukan perhatian anda pada yang sebelah kiri tu ye. That is me ! Kalau x silap ni masa umur 6 tahun kot.. 
ini superb comel.. yeay ! biar lah puji diri sendiri pon,  tumpukan pada yang lain dari yang lain tu ye. yang ala-ala ustazah tu. Arghhh heheheh masa ni lupa lah kat mana. tapi memang saya dipaksa pakai gincu tu. merah kan bibir kak ton.. 

I'm drolling.. siyes kek ni mmg sedap. each custard kek kalau x silap. ini kakak saya beli dgn kawan dkt tempat kerja dia. rasa sekali mmg nak lagi. sbb memang sedap pon. kalau gi kedai kek memang x jumpa kek macam ni.

Ini namanya orang yang x de tamadun. kalau gi mana-mana mall ke pasar raya ke, mesti anda akan  nampak benda ni kan. lepas beli barang letak benda alah ni belakang kereta orang.  pastu orang pulak nak kne alihkan untuk kau. tolong lah, buang lah perangai macam ni.. kita kan nak jadi masyarakat klas pertama..


Ini masa saya pergi buat inspection dekat hotel yang baru buka dekat kuala terengganu. Prinz Park Hotel. Cantik susasana dalam hotel ni. latest concept of hotel. Ini yang warna warni ni kerusi menunggu untuk guest dorang. Kalau anda datang terengganu, sy suggest boleh stay hotel ni ye..

Ini masa saya pergi jumpa customer dekat muzium terengganu. 22 tahun duk terengganu, ni lah kali pertama saya jejak kaki dekat muzium ni.. heheheh memalukan.

Tutti fruity, sape  x suka makan kan. even harga dia mahal, tapi disebabkan kesedapan tu, orang sanggup untuk beli. termasuk lah saya. perisa paling saya suka ialah red vlvet. mmg ohsem... tambah dengan buah peach and topping with chocolate.. slrrppp...


Kalau sape2 pernah pergi noor arfa batik, bila masuk je pintu mesti ada nampak beca ni.. beca ni cantik.. warna pink lagi..

Aishhhhh saya x pernah lagi beli tuperware mahal2 macam ni.. 6 biji ni it cost almost rm200. tapi disebabkan saya dah hilangkan bekas tuperware mak saya tu, so saya ganti la yang ini.. saya hilangkan satu biji je, tapi ganti 6 biji. hehehe bagus x ?

ini ialah sedikit hadiah saya bagi pada customer. sbb dia bagi saya 40 orang customer untuk ke pulau. so bagi lah sedikit cenderahari ni kan..  beli sendri ok, x claim pon dgn syarikat

Ini pejabat saya dulu and they are my officemate . Dulu berdua, pastu bertiga, pastu ber empat, pastu bertiga.. arghhh biasa lah.. turn over staff di mana2 company pasti ada... Pengalaman bekerja kat sini memang best. kerja best, kawan2 best. banyak yang saya dah belajar. banyak... maybe someday we will meet again guys.. 


Time ni ingat nak leuar cari selipar je. Tapi tersangkut plak  kat spek ni. Jenama vinci je po. RM29 hengget je pon. Tapi spek ni mmg best di pakai. dan kene je dgn muka saya yang bulat ni. Bila dah berbulan2 pakai, boleh plak batang spek ni patah kan.. Seluruh pelusuk dunia saya pergi sebab nak tnya boleh ke x nak tukar batang ni dengan batang lain, tapi sayang nya x boleh. Akhirnya masuk muzium jugak spek ni.. :(


Hah vinci lagi kan. Saya suka beli kasut atau selipar vinci sebab patern dan design dia mmg cantik dan tak mahal. Affordable la. Terutama untuk orang sngkek macam saya ni.




haaaa ini first saman yang saya dapat. Saman ni dapat gara2 pergi beli nasi kerabu untuk ex-bos dulu. arghhh x pasal2 sebab nasi kerabu, melayang rm150 saya.. sbor jelah...




Ini plak selepas hasil usaha yang gigih untuk buat walpapper tab bertukar secara automatik. Biasalah kalau orang pakai phone atau tablet, dorang mesti suka letak wallpaper pada phone dorang kan. Pastu lama2 dah bosan tukar plak wallpaper lain. Dalam kes saya ni, saya nak wallpaper tab ni bertukat secara automatik. So saya boleh guna wallpaper yang berbeza setiap sejam ! hahahahaha byk apps yg korg boleh dapat dekat play store kalau nak buat benda alah ni. saya pakai Walpaper Changer Apps.


Hari tu masa nak gi kedai buku, ayah ada lah pesan suruh saya beli kertas putih ni. Dia nak letak kat kedai dia sbb dah habis stok. Pastu saya gi la beli, bila sampai kat kedai buku tu, tgk yang ni comel sgt. Hehehe tmpok2 hitam macam lembu. bila balik rumah, bagi kat ayah. Then ayah cakap "nape beli yg macam ni, nak letak kat kedai pon malu lah". bhhahahahahahahha


Ini ruangan cashier kat kedai ayah saya. biasa kalau weekend saya ada kat rumah, ayah suruh la tolong dia kat kedai  ni








Heee ini bergurau namanya.. Time ni ayah saya gi KL masa perjumpaan UMNO kalau x silap. Pastu kan dorang ada pancar live kat TV. So ayah msg, sruh tgk dia kat TV. ngeh ngeh ngh padahal xde pon.. disebabkan perut ayah saya yang x berapa nak kempis tu, so itu la jawabnya. heheheheh sorry ayah.. angah gurau jerk ! :p


Comel x kat ton.. cuba teka ni apa.. hehehehehe this is weighing scale sya. nomey x ? ini beli kat groupon. sbb mmg comel !


Kalau korang pernah dengar/baca/lihat/tahu pasal group terfaktab so korang mesti tahu ni buku apa. Ini buku kedua keluaran terfaktab yang bertajuk 'Nakal Tapi Halal'. Saya mmg minta dorang ni. Penulisan dorg memang best dan kelakar habes ! Try la n FB atau Twitter dorg ye.. Hidup Terfaktab !


Catatatn Pengembaraan Seorang Flowerman. Ini ialah novel grafik yang paling best yang saya pernah baca. Nak tau best nya mcm mna ? pergi bli dan baca buku ni. Crita dlm buku ni ialah benar2 dan bukan rekaan semata-mata. I LOVE YOU DR. SHAH ! gatai nyaaaa 


Ini namanya makanan yang x boleh nak ditolak kalau pergi pizza. Sangat sedap. osem !!


Cantik x cantik x cantik x ? ini dekat tasik kenyir. Ini dekat Lake Kenyir Rsort. Masa ni bos buat lawatan dekat sini so dia bawak la saya. Arghhhhh one day saya nk pergi sana lagi..


Entrance untuk masuk Lake Kenyir Resort


Lake View Room di Lake Kenyir Resort


Suasana dalam salah satu bilik Lake Kenyir Resort