TRUE STORY YANG DICEDOK DARI SEORANG HAMBA ALLAH....

 Dia cakap dia suka aku, hmm okay. Sila bina tembok untuk diri sendiri ye. Aku tak hadap lelaki, lepas sekali kena dump. Aku takde nafsu tengok lelaki, sungguh tak tipu. Dia betul-betul masuk dalam bulatan hidup aku, keluarga aku. Cuba menyentuh isu-isu peribadi aku. Wei apek, aku rimas. Please don’t cockroach my life.

At the same time, hati ini mula melting sebab aku ini antara pemegang tegar hashtag #ForeverAlone haha. Aip, aku masih ada iman pada tuhan. Aku mula buka ruang untuk dia tapi dengan sombong dan angkuh. Nampak cool aite?

You, who always make my heart waver. I hid my true feeling again, I hate you.

Awak, I’m sorry for all the harsh word that I use on you to reduce my true feeling. Waving goodbye without looking at you. Nampak macam aku ignore kau? Boleh faham tak tu maksudnya “jaga diri iloveyou”. When I hear the honk sound, the sun, the birds, the cloud aren’t breathing anymore. The rain pours heavily, cat and dog bahasa omputihnya. The things that I really want to protect. It’s you, who should be walking behind me. I dunno how you’re left at the back and being so clumsy.

Idiot, kereta bukan main besaq hang tak nampak? At that moment, apa yang aku tahu, you have to be alright. At first, everything seems running very smooth. Aku jadi penghuni hospital, ya, kau tak sedar pun, kau koma ngek. Aku jadi pencinta setia untuk tebus kesalahan mungkin. 10 hari kau koma, kena lenyek dengan MPV. Subuh, aku terjaga kerana tangan kau begerak. Mamai mata sepet, tiba-tiba kau pergi.

Aku jadi kebodohan and tekan button panggil nurse tu. Kau betul-betul pergi, aku hilang kata. Keluarga kau meletakkan seluruh kesalahan atas kematian kau di bahu aku. Beban bertenggek atas bahu, air mata tak kering lagi. Ini balasan buat pengajaran. Kamsahamnida kerana sudi menampung sisa beban ini. Al-Fatihah buat kau di sana. Usah bimbang, aku kuat kerana dah dua tahun berlalu kan sayang.

 Karya asal dari TERFAKTAB 
Salam...

26/10/2013 hari bersejarah buat famili saya. Btw, selamat pengantin baru along ! Untuk kesekian kali saya ucapkan. And i'll never get tired to say it over and over again.... Yes, sekarang dia bukan lagi gadis sunti yang boleh menjadi pujaan sesiapa samaada lelaki bujang atau jantan yang dah berbini because  she is officially a wife. Selamat pon dijabkabul dengan pasangan pilihan sediri, bukan pilihan keluarga dan tak ada paksaan dalam memilih. Kekeekekek. 

She is sooo gojes today. Berbusanakan baju nikah made by my own mom, she looks so damn gojes.

Majlis dihadiri jiran terdekat dan keluarga terdekat sahaja. Yelah, majlis akad nikah ni mana ada orang jemput sekampung, tunggu majlis sanding nanti la kalau nak jemput sebatalion askar pon kan. Alhamdulillah majlis berjalan lancar. Syukur pada Mu Ya Allah. Semoga majlis pada 2 haribulan ni pon berjalan lancar dan teratur.

Along, ini khas buat awak...

Along,
Perjalanan cinta mu bukan senang
Pernah bahagia sebentar kemudian kecundang
Ditinggalkan kekasih hati yang bertukar curang
Yang tidak tahu menghargai cinta awak seorang
Yang tidak faham erti kasih sayang

Along,
Sebab awak sayang dia
Sebab awak kasih dia
Sebab awak tak rela
Sebab tak dapat bersama dia
Awak menangis mengalir air mata
Mengenang cinta yang pergi membawa sejuta rasa
Memudian awak pasrah dan redha

Along,
Hari berganti hari
Awak bangun semula membina kekuatan diri
Persetankan dia yang telah pergi
Awak bangkit untuk mengejar sesuatu yang lebih pasti
Dan terus berdoa agar suatu hari nanti
Awak di pertemukan dengan seorang lelaki
Yang akan lebih mencintai diri
Dan lebih setia menyayangi

Along,
Siapa tahu kehendak Tuhan

kita tidak tahu jodoh dan pertemuan
akhirnya awak peroleh apa yang diimpikan
dipertemukan dan diperkenalkan 
dengan seorang brother cute lagi tampan (kekekekekkek)
dan berharap dan berdoa hubungan ini berkekalan
ke jinjang pelamin impian

Along,
hari ini hari bahagia
hari yang dinanti telah tiba
hari untuk bersuka ria
hari bagi membuktikan cinta kalian berdua
hari awak diijabkan kabulkan dengan si dia
semoga dapat selami bahagia dan duka bersama
semoga bahagia ini hingga ke hari tua
doa saya tidak putus untuk kalian berdua

by angah






WAN NUR FASIHAH
27/10/2013
22:55

p/s : esok ada test boleh lagi duk mengarut kat sini. heheheheh

Awak,
Masih ingat pada bulan januari
Awak brkenalan dengan sorang lelaki
Dia selalu buat awak geli hati
Dia suka buat lawak tahap infiniti
Sampai awak nekad dalam diri
Nak selami jiwa itu lebih dalam satu hari nanti

Awak,
5 bulan perkenalan berlalu,
Awak selalu tertanya----suka kah dia pada aku?
Tapi awak tetap tak tahu jawapan tu
Sebab dia kadang kadang nampak kaku
Kadang kadang nampak macam  syok kat aku
Tapi awak x berani nk tany dia dulu
Jadi awak pendam dulu soalan tu sampai beku

Awak,
Sampai satu tahap awak tak boleh tahan
Rasa sayang membuak buak yang tahu hanya Tuhan
Awak ambil keputusan tak nak menahan perasan
Kali ni awak mesti buat segala luahan
Supaya dia tau apa yang awak rasakan

Awak,
Tak ada siapa yang sangka
Selama ni awak bertepuk sebelah tangan saja
Dia rupanya sudah berpunya
Dan tidak lama lagi bakal dirai bagai raja
Dimajlis yang indah dihadiri sanak saudara
Awak hanya mampu tertunduk saja

Awak,
Kaki yang berat dipaksa melangkah
Manuju ke majlis dia yang penuh meriah
Awak hadiahkan dia senyuman yang paling indah
Bagi mengaburi hati yang sedang gundah
Kemudian awak ucapkan tahniah
Semoga kalian bahagia hingga ke jannah...

Awak,
Siapa cakap cinta itu pasti memiliki
Sedangkan semua tahu cinta bukanlah sesuatu yang pasti
Cinta sesama manusia apatah lagi
Yang hakiki hanya cinta pada Ilahi
Jadi janganlah bersedih lagi
Bangkit semula bina kekuatan diri
Percaya jodoh akan tiba suatu hari nanti





Wan Nur Fasihah
24/10/2013
00:55
Salam....

Mungkin ada dan ramai kot yang tak tahu, saya sebenarnya ambik kos apa masa blajar ni. Oke, dulu masa diploma saya ambik Diploma in Hotel and Catering Management. Masa ijazah ni pulak, saya ambik Degree in Hotel Mangement. Mostly, kawan-kawan saya semua ambik kos engineering. Dorang pandai, saya x berapa pandai :(. tapi sebab utama saya ambik kos ni pon bukan sebab saya xpandai.. hahahaha tapi sebab utama ialah saya lebih suka belajar dengan cara membaca dan menghafal, daripada mengira dan memahami. 

So, berbalik pada topik kita kali ni. Ramai orang tanya saya "macam mana ko boleh hafal semua benda ni ek", "susah la hafal-hafal ni". Buat semua kerja kalau x de cara yang betol, semua akan jadi susah kan. So bagi pendapat saya ye, cara saya belajar untuk hafal semua benda ialah dengan short note, MADE BY YOUR OWN SELF. bukan  short note yang di buat oleh orang lain ye.

Kalau nak baca setiap perkara dan setiap perkataan dari buku rujukan korang tu, alamatnya sampai ada anak 12 pon x kan boleh ingat. Cara yang paling bagus ialah buat nota sendiri. cedok semua main point dari buku tu, cari maksud bagi setiap main point tu dan buat elebration sket. Nota yang korang buat sendiri , tulis sendiri, akan buat orang mudah ingat apa yang korang cuba baca dan hafal.

Jangan lah pulak korang pergi ambik short note orang lain, pastu korang pergi fotostape. kalau macam tu sama jelah kalau korang baca direct dari buku tu. Ada orang cakap buang masa je kalau buat nota-nota ni, baik baca terus dari buku. lantaklah, tu pendapat korang. bhahahahahah tapi kalau x caye, cuba lah cara yang saya bagi ni.


Contoh contoh nota yang saya buat sendiri


selamat mencuba......

Salam.....

Wan Nur Fasihah
23/10/2013
18:05 

Salam.....

1 minggu cuti midsem memang x cukup la woi.. and guest what am I doin' for the whole week of my midsem break ? It all about my sis wedding..  betol la orang cakap, bukan senang nak kawen , melainkan ko kawen sbb kne tangkap basah,then kawen tu akan jadi senang. Ini baru kakak nak kawen, belom saya.

1st day of my midsem break, sampai rumah terus pegang berus cat and do painting. Cat dapur, cat bilik air, cat segala galanya. Orang kawen kene cat rumah ke ? Entah.. saya pon xfaham. Yang penting, mak yang beria ria nak cat rumah.. orang excited nak dapat menantu letew ! Tukar langsir, tukar sarung kusyen, penat... angkat meja, alih almari, penat.... tapi you know what... i'm gettin' more excited !

Sape x excited.. kalau ini first wedding dlm family. Xpernah bt majlis pon sebelom ni kat rumah saya tu. Plus, yang nak kawen tu my the only one kakak. Saya ada sorang je kakak, saya x de abang.. so this wedding kene jadi gempak! We plan everything together. Listen for each other opinion.  Bincang pasal baju,kasut,kek,pelamin,hantaran, semua sama2..

Cuma saya jadi  berganda2 penat sebab tiap2 minggu kene ulang alik, balik ganu-pinang-ganu sepanjang sebulan ni. Itu yang teruk. Isnin sampai khamis duk pinang, mlm khamis gerak balik ganu, sabtu malam balik pinang balik.. macam tu lah yang akan berlaku sepanjang 4 minggu ni.penat.. risau jugak sbb waktu ni lah lect nk buat test nak bg assingment bagai.. tapi klau saya x buat macam tu, sape lagi yang nak buat kan. Kakak sorang je, adik beradik pulak x ramai.. kalau x saya, sape lagi yang tolong kami. Saudara pon x ramai.

Saya cuma doa Allah boleh permudahkan segala urusan saya. Semoga saya dapat bahagikan masa yang cukup untuk study test dan tolong family arrange wedding akak ni.. kita susah, kita penat, kita nak mintam tolong dengan siapa lagi kan..

YA ALLAH, Kau permudahkan segala urusan hamba mu ni...




Saya masih serius mencintai teman wanita saya manakala teman wanita saya pula masih serius mahu saya meninggalkannya. Jadi pada suatu malam yang dingin, di mana suhu hampir mencecah -4 darjah celcius saya pergi berjumpa dengan teman wanita saya untuk membincangkan hala tuju hubungan kami.

Kami berjumpa di tepi tasik di pinggir ibu kota. Sengaja saya memilih tasik sebagai tempat pertemuan untuk membangkitkan mood melankolik dan drama. Saya duduk di atas sebuah bangku sambil kepala mendongak melihat bulan. Tidak lama kemudian, teman wanita saya muncul dan kini bulan sudah menjadi dua.

Dia hanya berseluar jeans dan menyarung baju panas yang saya hadiahkan padanya dulu. Baju panas itu saya kait sendiri apabila tiada drama menarik untuk ditonton di tivi. Dengan masih mahu memakainya, itu adalah satu perkembangan yang bagus untuk cinta kami berdua.

Dia duduk di sebelah sambil tersenyum manis. Saya menyelitkan sekuntum bunga matahari yang memang saya sengaja bawa untuk mencuri hatinya. Namun dia tidak memberikan respon yang menunjukkan dia teruja. Mungkin bunga matahari tidak cukup untuk mencuri hatinya. Mungkin saya perlu menyelitkan matahari pula, mungkin.

"Jadi bagaimana dengan hubungan kita?", tanya saya dengan tenang sambil menyembunyikan hati yang mula retak.

"Saya kira awak perlu meninggalkan saya, sudah terlalu banyak awak berduka kerana saya yang selalu berduka", kata teman wanita saya. Sugul.

"Saya tidak mungkin meninggalkan awak ketika awak sedang bersedih, biarlah saya meninggalkan awak ketika awak sedang gembira dan ketawa terbahak-bahak. ", balas saya dengan tangkas.

"Awak lebih layak dimiliki seorang gadis yang lebih baik dari saya.", teman wanita saya menundukkan muka.

"Saya jahat, saya jahat! Jadi kita memang sepadan. Dan biarlah kita menjadi baik bersama-sama", suara saya sedikit tinggi dan mengejutkan sepasang burung yang sedang bertenggek tidak jauh dari situ. Biarlah burung itu terbang, andai teman wanita saya juga tidak ikut terbang.

Teman wanita saya tiba-tiba memeluk saya tanpa ada sebarang niat mahu meniduri saya. Dia memeluk kerana terharu. Saya menepuk-nepuk belakangnya sambil berkata lembut.

"Pertahankan cinta untuk satu hari lagi, dan berdoa supaya Tuhan pertahankan cinta kita selamanya".

Kami pulang dan mula bertengkar seperti biasa.

Karya asal dari TERFAKTAB
99 perkara yang korang boleh buat kalau putus cinta......

1) Makan banyak2

2) Kurangkan makan
3) solat, ngaji, tafakur (oooo dh ada masalah baru korang nak ingat Tuhan ye ?)
4) menangis sepuas-puasnya (sepuas puas, bukan selama lamanya)
5) Sambung belajar




6) Tukar kerja
7) Tulis blog
8) Buat acc FB baru
9) Tukar DP FB
10) Joging

11) Kuruskan badan


Nampak kurus tak ?? kahkahkah

12) Besarkan badan
13) Makan kacang
14) Jangan tengok bola
15) Potong rambut
16) Masuk program pencetus ummah

17) Masuk AF
18) Tanam bunga
19) makan tutti fruity
20) shoping
21) mandi
22) cukur bulu ketiak
23) tengok runing man
24) aku dh x de idea
25) ok idea dh datang balik
26) dengar lagu taylor swift
27) buat carboot sale semua barang yg exbf/exgf korg pernah bagi
28) basuh baju
29) Tengok wayang cite insidius (xtau eja betol ke x)
30) follow blog terfaktab

















31) beli buku terfaktab



















32) follow twitter leplep
33) add FB aku - (untuk lelaki saja,pompuan takyah)
34) makan herbalife
35) main candy crush
36) jadi peminat tegar Cakra Khan

37) tukar phone samsung (kalau pikai ipon)

38) tukar ipon (kalau pakai samsung)

39) buang duit
40) simpan duit
41) wassap dgn boipren kawan
42) aku dh start nk bg idea jahat
43) ajak boipren kawan kuar makan
44) stalk talipon kawan
45) jadi batu api
46) oke yg ke 41 ke 45 jgn amalkan
47) bli tiket VIP tengok konsert anuar zain
48) curi2 mandi swimming pool kat hotel
49) mesen rumput
50) pergi scaling gigi
51) buat braces
52) suntik kolejen kat muka
53) melancong
54) minum aura white
55) buat pembedahan sebut lemak
56) baca novel
57) update gosip pasal airel dgn wawa zainal
58) ambik anak angkat
59) bela kucing

60) tido
61) beli baju I <3 Malaysia
62) main golf
63) buka acc bank agro bank
64) siyes aku dh xde idea
65) x jadi nak bg 99, aku bagi 65 je..





So... sape cakap kalau putus cinta ni mcm dh xde harapan nak hidup.. itu semua bulsit tau.. macam2 benda yang korang boleh buat.. so please... jangan jadi hamba cinta..

TAHUN 2012.....

Aishhh tayar motor buat masalah lagi ! sakit hati ! rasanya tiap-tiap bulan tayar ni nak buat perangai.. Last-last pika call pakwe dia ( sekarang dah jadi tunang ) untuk datang tolong. Biasalah, kalau motor saya ni buat perangai msti si Paan ni yang tolong. Tunggu punya tunggu, 10 minit kemudia si Paan ni datang lah - dengan kawan dia. Paan cakap, "buat sementara waktu nak tunggu motor ni siap repair, pakai la motor kawan aku dulu." . Erkkkkk nak guna ke x nak. yelah.. x pernah kenal, x pernah cakap tetibe x kan nak guna motor kawan dia. Bagaikan tahu apa yang saya sedang pikir, Paan pon cakap "xpe, guna jelah. kawan aku bagi ni". So bagai orang ada orang lapar diberi chicken chop, saya pon guna jelah motor kawan dia tu.

Bila sampai umah, saya tanya fika "siapa kawan pakwe ko tu, x pernah tengok pon". Fika jawab, "itu budak rumah dia, nama Dinie". heehheheeh Dinie... comel je. orang nye pon nampak baik je.. :)


Sejak pada hari tu, mula lah misi yang di namakan "Mengendap Dinie Setiap Hari". Bukan mengendap sangat pon, tapi rasanya setiap hari pergi kelas kena tengok dia sekali, baru cukup syarat untuk hari tu. Tapi disebabkan kami part lain-lain jadi susah lah nak nampak dia. Kalau bernasib baik je boleh tengok dia. haaaaaa memang saya suka awak pon, cuma takkan lah saya nak pergi bagi tau awak kan. So suka dalam diam-diam je. Kenapa saya suka awak ? entahlah, setiap kali tengok awak rasa sejuk je jiwa raga ni.. besides, senyuman awak sweet !! 

Pika ada bagi tau saya, yang awak sakit. Awak ada sakit yang teruk. Saya hanya boleh doakan awak sembuh dari sakit awak tu. Kuat kan semangat !

Saya selalu nak suruh fika mintak no fon awak dari Paan, tapi sebab saya x de keberanian, so gigit jari jela kan. Bayangkan, sebab sebuah motor, saya suka kat awak. Sweet x? heheheheheh Tapi awak x tau, dan saya akan pasti kan awak x kan tahu. 

Hari ni hari last saya kat sini. Saya dah habis belajar. Saya dah kene balik rumah. Saya dah x dapat tengok awak lagi. Wan Nur Fasihah dah x dpt tengok Dinie lagi...dan saya sedih.. Masa tengah kiss kiss muah muah dengan pika sebab dah nak berpisah kan, saya cakap kat pika "pika, lepas ni aku dah x boleh tengok Dinie lagi" - sambil menangis. Dan betol pon, lepas dari tu, saya dah x dapat tengok senyum awak lagi :(

TAHUN 2013
29/9/2013

Hari ni Pika bertunang. Panjang jugak jodoh dia dengan Paan. Petang tu, saya tengok FB ada gambar Pika bertunang dengan Paan dan kawan-kawan dia. Bila tengok ramai kawan-kawan Paan, saya tergerak nak tau Dinie pergi jugak ke ? Tapi gambar die x de. Ehhhh nak tanya Pika lah, Dinie ada ke x. Esok call Pika, kene tanya ni.

30/9/2013

Seperti yang diplankan, malam ni kene call pika. nak tanya pasal Dinie. hehehehe Tapi kan, borak punya borak dengan pika - sebab banyak sangat cerita, sampai lupa nak tanya pasal Dinie. Sampai lah Pika sampaikan sendiri berita ni kat saya

" Iha,, aku lupa nak bagi tau kau. Dinie dah tak ada, dia dah meninggal. Masa bulan raya lepas. Kalau x silap, raya ke tujuh atau ke lapan macam tu, aku lupa. Meninggal sebab sakit dia tu lah..Sorry aku lupa bagi tau kau"

Masa tu dunia saya macam gelap. Jantung ni behenti berdegup beberapa saat. Dan saya senyap... saya senyap...

Awak, ternyata Tuhan lebih sayangkan awak. Saya doakan roh awak sentiasa dicucuri rahmat dan ditempatkan di kalangan orang yang beriman. Saya janji untuk hidup baik-baik di sini.. 




untuk arwah Dinie - Al-fatihah....

Wan Nur Fasihah Binti Wan Jasni - 1 October 2013