Sekarang suasana sejuk, nyaman, setelah beberapa lama Penang ni dalam keadaan yang sangat panas. So ini masa yang sesuai nak update blog. Entry kali ni pasal holiday !!

Such a great weekend! The trip was not planned at all. Aku dengan budak bilik plan nak spend overnight. Aku, Syark, Wawa and Piqoh. Kitaorang pergi hari sabtu. Kul 9 pagi kitaorang gerak ke air terjun sedim, dekat kulim. Nasib baik la nak ke sedim ni tak jauh. Ambik masa 45 minit je dr UITM nak ke air terjun ni. Pepagi tu sebelom gerak, macam biasa lah. Kene beli makan dulu. Then, pergi ambik kete sewa dengan ajen. Dalam kul 10 kami sampai sedim. Ok, kawasan sungai ni sangat lah indah dan bersih. Air jernih, dan amat sejuk ! kami sampai awal pagi, so tak ramai lagi orang masa tu. So boleh lah nak cari port yang elok sket nak parking barang. Dah letak semua barang, apa lagi. berendam time !! Kawasan sungai ni berbatu, so x berapa sesuai la nak berenang. Kalau takat nak berendam tu boleh lah. Alaaaa kami pon bukan nak berenang sangat. Bukan pandai berenang pon. Takat nak selam kepala tu boleh la. kekekekkek Nasib baik la camera si wawa ni boleh masuk air. Merasa jugak la nak bergambar dalam air. 

Ini masa kitaorang baru nak gerak. Dekat area kolej lagi. 



Kekekekek Meriah sangat. Dah la paras air sungai tu paras lutut je. Menyelam bagai palak. 

This is my fav pic ever.  Menampakkan sangat ada dalam air


About 3.30pm, we move to the Penang War Museum. Berkejar jugak la kitaorang sebab ingat tempat tu tutup pukul 4.30 ke, 5 ke. Then sampai sana kul 5, nasib baik la tempat tu tutup pukul 6. So, sempat la kitaorang masuk. Bayaran agak mahal.. kekekekek RM20 uollsss. Tapi tak pelah sebab aku dah lama mengidam nak masuk muzium ni, so layan kan jelah. Masuk-masuk je ada pekerja kat situ, bagi ceramah sket tak kitaorang pasal history tempat tu. Yang pelik, orang yang bagi ceramah tu, orang indon, then boleh tahu semua benda pasal muzium tu, Aku ni yang melayu ni, blur habis pasal sejarah negara. Ok shame on me! heheheh. So, jom layan gambar-gambar kami kat sana. 

Ini entrance War Museum.
Bila nak start perjalanan je, korang akan di sambut dengan senyuman tengkorak ni. Tengkorak pertama yang korang akan jumpa, dia ni lah, Disusuli dengan tengkorang-tengkorak lain yang banyak lagi dalam sana.


Ok, sentap jugak la aku baca benda ni. Memang betol pon apa dia cakap. " Freedom does not come free " Artikel ni korang akan jumpa masa korang buat bayaran dekat kaunter.

In this museum, there are three 'underground passage', Kalau tak silap aku lah. Only 2 routes open for tourist. This is the second route. Tapi lorong ni khas untuk orang kecik-kecik je. So aku tak masuk lah sebab aku ni terlebih kecik.

Ini jalan ke bawah bukit. Bawah bukit tu telaga. Tapi kitaorang tak sampai la ke telaga tu sebab takut. heheheh



Aku pon tak tau la apa fungsi dia gantung patung ni. 




This is my fav place dalam muzium ni. Nampak tak kapak kat belakang tu. Kapak tu lah yang dorang guna untuk pancung kepala mangsa-mangsa dulu. Dan dekat area ni lah dorang buat proses pancungan tu. Epic weh..



Ok, yang ni seram, tali yang tergantung tu memang tali yang dorang guna untuk gantung mangsa-mangsa dulu.

Ini semua gambar mangsa-mangsa





Nampak real tak ular tu. Hehehehhehe

Ok, masa mula-mula masuk aku memang tak perasan langsung pasal artikel-artikel  yang tertampal kat board ni. Tapi bila baca artikel ni, mula la badan rasa seram sejuk. Masa masuk tadi, tak de plak rasa apa-apa. hohooho

Dalam kul 5.45 kitaorang keluar dari war museum ni. Perot dah berkeroncong yang amat. So time to dig in !. Kitaorang decide nak gi makan kat area Persiaran Gurney. Makan seafood sepuas puas nya. Sampai kat persiaran gurney tu dah malam, so kitaorang dinner la skali. Lepas solat, kitaorang gi cuci mata dekat Batu Feringgi. Shopping sket, baring-baring tepi pantai, sebab baring kat situ free dari sewa hotel,  then kitaorang dah tak tau dah nak gi mana. Jam dah pukul 12.30. Badan semua dah penat, tapi nak sewa bilik hotel memang tak kan la. sebab kitaorang tak plan pon nak stay hotel. Akhirnya, kitaorang gi melepak kat Mcd. Mula-mula kitaorang tido dalam kete kat area Mcd, tapi sebab panas sangat, kete tak buka aircond sebab jimat minyak, kitaorang decide nak masuk Mcd dan pekena Latte dan Cheesecake sebab Mcd tu ada McCafe. kekekekkek Pukul 3 macam tu, aku masuk kete balik sebab mata dah tak tahan nak tido. Kitaorang stay dalam kete tu sampai la pukul 6.30. 

Then, kitaorang gerak gi Penang Hill. Singgah stesen minyak dulu, basuh muka cuci gigi. Sampai Penang Hill pukul 7, gate tak bukak lagi. Dalam kul 7.30, gate bukak, kitaorang pon naik train. Train pertama oke.. Nak tengok sunset punya pasal. Jom layan gambar kitaorang atas Penang Hill.







Ini terjumpa anak sape lah duk brmeditasi atas ni.


Ini time dah turun dari Pnang Hill. Gayat..gayat..


Penang Hill entrance




Haaaaa macam kat luar negara tak. heheheh Benda ni ada atas Peenang Hill ni. 


Perahsantan sangat kan.. aka koya.. Yang tergantung banyak-banyak tu semua 'Lovelock'. Konon nya dorang ni nak buat stail Namsan Tower kat korea tu lah. Not bad lah.. 


Ok hidup Ganu !!!





Ok ini iklan kejap. Hitamkan taik lalat guna pen. Ko hader ?


Dalam kul 8 kami turun dari Penang Hill dan terus balik ke kolej. Another holiday is on the plan !! Just wait !!






















Lelaki. Mana pandai tunjuk sedih. Entah bagaimana mereka control hati, mereka jarang luahkan rasa sedih. Tak macho konon-kononnya. Putus cinta, lelaki akan tumbuk dinding dua tiga kali, menjerit dan pergi main snuker dengan member. Itu je.

Perempuan. Memang pandai tunjuk sedih. Entah bagaimana hati mereka, luahkan sedih dah jadi tabiat. Tak gadis la kalau tak beremosi. Putus cinta, meraung dua tiga jam, tumbuk tumbuk bantal, pergi makan, masuk bilik sambung menangis, pergi mandi, menangis bawah shower, jumpa kawan-kawan, cerita sambil menangis, balik, menangis lagi. Itu je.

"Jangan cengeng sangat, itu pun nak menangis," kata lelaki pada perempuan.

"Jangan ego sangat, lega kalau menangis," balas perempuan pada lelaki.

Tapi tunjukkan atau tak, pendamkan atau tak, rasanya tetap sama. Rasa yang buat kau sesak nafas, rasa yang membunuh segala logik, rasa yang akan menghilangkan segala rasa. Rasa macam celaka.

Lelaki atau perempuan, bila tiba masanya akan diberi banyak pilihan dan pilihan itu samada membahagiakan atau merosakkan. Kadang-kadang, kau hanya ada satu pilihan. Satu. Nak taknak, kau kena lakukan jugak. Walau dengan mengetap bibir atau dengan air mata yang berlinang.

Sebenarnya gua tulis entri ni tanpa berfikir panjang atau tanpa berfikir langsung. Kalau kau dapat apa yang bagus dalam entri ni, baguslah. Kalau tak dapat, kau anggaplah entri ni entri selingan macam iklan.

Dan pada akhirnya nanti, kalau kau sedih, ada 3 benda je yang mampu buat kau rasa lega sikit. Mak, coklat(untuk perempuan) dan rokok(untuk lelaki, tapi kalau perempuan nak buat jugak takdehal, gua sporting.)

Tapi semua tu mampu melegakan je. Sekejap je. Temporary. Yang mampu menghilangkan terus kesedihan kau itu ialah diri kau sendiri.


Tapi gua tak sedih. Gua tak pernah sedih. Gua terer. Kah kah kah!


 Karya asal dari TERFAKTAB 
Assalamualaikum..


Lama gila x update blog !! ok aku dah meroyan ni. Jangan tanya kenapa, sebab aku pon tak tau la kenapa lama benor aku x update blog. Mula2 sebab ada isu yang tertunggak masa akhir tahun lepas. Sebab isu tu, aku jadi x de mood dan malas nak update blog, sampai la sekarang.. Now, mood tu dah mai balik, idea2 dah mai balik, beserta semangat baru. heheheh 



FYI, aku dah mula sem baru kat UITM ni.. Sekjap je dah masuk sem 2. Tak sabar nak habis degree ni. Sambung master plak. Belajar sampai botak. Awal sem ni agak mencabar sebab sem ni aku kene maximum jam kredit, 23 jam. Nak pengsan jugak la minggu pertama. Masuk minggu ke dua, aku dapat tau aku boleh buat Pengecualian Kredit (pc) untuk subjek yang aku dah amik masa kat poli dulu. Tapi bukan la semua subjek. ada la 2,3 kerat je. Tp, better than never right ? So, dari 23 jam kredit, dapat la 18 jam kredit je. Allhamdulillah.....



So, jadual aku sem ni x la padat sangat. Daripada 5 final paper, aku dpt 3 paper je. Syukur sangat ! Plus sem ni ada banyak cuti ! yeay yeay.. haaaaaa cakap pasal cuti, banyak benda aku nak cite pasal cuti sem lepas yang aku buat. ehheheh tunggu next entry okeh !



xoxo Salam.. :)



wnfflamingo.blogspot.com

Gudbye Sem satu. No more berdiri berjam-jam depan pintu sambil alter tudung