Assalamualaikum...


Aku rasa pernafasan aku makin teruk dari hari ke hari. Makin tak teratur. Bayangkan, sekarang ni kalau aku baring pon boleh rasa tercungap-cungap nafas ni. Apa lagi kalau aku buat aktiviti lain. Bukan lah 24/7 aku rasa macam tu. Tapi boleh dikatakan setiap hari, dan tak kira masa.

Aku risau betul la pasal aktiviti luar batch dua minggu lagi ni. Aku siap solat pon aku boleh mengah sekarang ni, apa lagi nak buat aktiviti luar tu. Kalau tak pergi, aku nak bagi alasan apa kt pensyarah. Surat doktor pon tak ada nak sah kan aku ni sihat ke sakit. Aku tak tau lah...

Orang mungkin nampak aku kuat. Maam tak ada apa-apa. Tapi kalau aku tak tunjuk aku kuat, orang cakap aku ni mengada-ngada. Ye.. Ingat aku tak tau ke orang ada cakap macam tu ? Orang boleh cakap sebab orang tak rasa, tak faham. Aku ni dah lama persetankan apa yang orang nak cakap. Bukan korang yang bagi aku hidup, bukan korang yang bagi aku rezeki, bukan korang yang bagi aku sihat... Semua Allah...

Aku harap selasa nanti, doktor tak ada la bagi tau aku ada sakit apa-apa. Aku positif... Walau aku tau badan aku tak sihat, aku dapat rasa ada yang tak kene, tapi baik positif je. Kalau sakit, Allah nak uji aku lah tu......



Assalamualaikum....

I struggled to write e-mail to request some information from several firms ! Dah lama aku tinggal bidang tulis email ni. Masa kerja dulu memang lah hampir setiap hari aku kene tulis email. Berbakul-bakul pulak tu. Tapi itu email pasal kerja. Ini email pasal nak minta maklumat dari hotel pasal nak kene siapkan assignment Pricing and Revenue Management nihhhhhh.....

Tak pernah lah sepanjang hayat ni aku habiskan masa hampir setengah hari semata-mata nak karang satu email pendek !. Ini bukan lah pasal nak buat ayat berbunga-bunga. No. Tapi sebab nak pastikan email aku tu ada elimen sopan-santun bila receiver baca. Baru lah terbuka sket hati naluri dia tu nak bagi apa yang aku minta. Korang tau lah. Bukan senang nak dapat maklumat dalaman sesebuah firma ni, semua sulit! kecuali la kau ada orang dalam... aku tak de. memang tak de. orang dalam ke luar ke atas ke bawah ke, memang tak de. 

Aku sure punya mostly ramai pelajar yang ada isu macam aku ni. Tambah pula kau nak kene taram dalam bahasa inggeris. Aku makan belacan dengan tempoyak weh, English aku sekadar dipinggiran lubuk je.....

So aku bagi korang contoh email yang aku dah buat ni. Aku tau tak sempurna pon dan banyak yang kurang kat celah-celah email ni. Aku harap kalau sesiapa ada idea untuk penambahbaikan kita bersama, sila la bagi pandangan dan idea ya. I really need that......




Dear Sir/Madam,

I am Wan Nur Fasihah Binti Wan Jasni. I am currently a second year student at the MARA University of Technology (UITM), Pulau Pinang, in the Hotel Management program. I just started working on my assignment regarding Revenue Management practice in hospitality industry.

I would like to request some information from you regarding how your hotel implement revenue management as I am very interested in your hotel. I am so keen and passionate to be informed about how your hotel very foremost in managing your revenue management.

I am so grateful and thankful if you can provide us with the following information :

  • How your hotel establish the room rate and the elements that should be considered before you initiate the price.
  • Are there any changes to room rate during peak season or school holiday, and how you determine the augmentation or reduction of the price.
  • How do you estimate the number of guest for future demand either by weeks or month.
  • How do you estimate the amount of inventory to be used for future and how your hotel manage inventory.
  • What are the distribution channel or intermediaries that you use to maximize the hotel earnings.
  • How do you evaluate the results received in terms of income, distribution channels and number of guests, from forecast that has been made.
  • If there are threats and weaknesses arise from the results, how do you overcome it.



Please find attached is my student identification card as a prove that I am a student of UITM.

I wholeheartedly really interested to obtain the information. I am looking forward to your reply.

Thank you.

Your faithfully,

WAN NUR FASIHAH BINTI WAN JASNI


Nobody Ever Cared By Isaac Ismael

Sumber : TERFAKTAB




Assalamualikum...

Bila baca karya ni, ada kau rasa macam ni pernah jadi kat kau ? Aku ada la terasa jugak siket-siket. Tapi tak la sampai nak bunuh diri bagai tu. Pegangan agama aku kuat lagi. Tapi mana-mana manusia pon akan sampai satu fasa yang dia rasa tak ada orang kisah kat dia like "I am dumbfounded". Sometimes, its terribly easy to feel that no one actually cares about you.

We have always had doubts whether the people close to us actually care about us or not. Secara teknikal memang la ada yang tak kisah dengan kau. Tapi bukan semua. Sebab manusia ni selalu nampak apa yang tersurat je, benda yang tersirat tu kau tak pernah nak kaji.

Apa yang paling betul karya Isaac Ismael ni,  bila kita ada, tak ada orang nak ambil tau, tak ada orang nak kisah,
tapi bila kita dah tak ada 'Everybody noticed. Everybody cared'. 

But, the worst part is, whether you are here or not, both will not be noticed by anyone !.
Assalamualaikum....

Al kisah kelmarin pihak pejabat kolej buat spotcek kat kolej delima (kolej aku stay). Semua pelajar yang ada bawak barang terlarang (bukan dadah) kompem gabra punya. Contoh barang ni maksud aku kipas, toaster dan lain-lain yang jatuh bawah akta barang yang dilarang bawak ke kolej. Tapi bukan ni yang aku nak cite, cuma cite selanjutnya akan ada kene mengena dengan spotcek ni. So aku kene bagi intro la sket.

Kolej delima ni punya style : dalam satu rumah-2 bilik-2 bilik air-1 bilik 4 orang-total 1 rumah 8 orang lah. So sebelum cite mula meh kenal barisan pelakon dulu.

Bilik 1

Aku
Syark
Wawa
Fiqah


Bilik 2

Husna
Zu
Mira
Diba


Kelmarin, lepas aku balik dari tesco dengan Syark, tinggal Wawa sorang kat rumah.

Aku tanya wawa, "Bilik kita dah kene spotcek belum?"

Then Wawa cakap belum. Tibe-tibe datang plak idea aku nak prank budak-budak rumah aku ni. Sebab semua dah tau hari ni ada spotcek, so memang elok benor lah aku mulakan rancangan ni. Nak senang cite, korang baca je whatsapp group rumah yang aku screenshot ni.

Mula-mula sekali mangsa yang kene dengan aku - Husna

Aku cakap kat dia, ambi pure (pewangi rumah) dia kene rampas.......





Haaaaa kauuu... Ye ye Husna percaya ambi pure dia kene rampas.. Mesti dalam hati dia cakap "Dah tak wangi dah bilik aku lepas ni", heeeeee gurau ehh Husna.


Haaaa ambi pure ni la yang aku maksudkan kene rampas tu...




Pastu mangsa ke dua-Mira.

Aku cakap kipas laptop (laptop cooler) dia plak yang kene rampas. Yang ni Wawa punya idea. Dia cakap kat aku kipas laptop Mira ada bawah katil dia. Kahkahkahakha



Nampak tak Wawa kuat back up nak menyedapkan lagi jalan cerita.


Now peak part of the story... Sebelum aku prank yang last ni, aku ingat aku akan kantoi sebab menipu. Tapi tak sangka plak yang ni pon dorang percaya. Kisahnya, aku cakap barang last yang kene rampas is pam jamban. (Kami guna untuk pam sinki kalau terseumbat)



Masa aku tulis, " Pam sinki yg wrna hitam pon dia ambk.. Dia ckp klau tersumbat panggil dia.jgn pandai2 pakai pam tu...", sumpah aku gelak golek-golek atas katil.


Ni la pam sinki yang aku maksudkan.


Then, owner kepada kipas laptop yang kene rampas pon masuk whatsapp..... Wawa still jadi penyokong kuat kat belakang...



Part aku paling tak tahan bile mira cakap kipas tu dah rosak. Pastu boleh pulak dia ala redha cakap,


"Ambk la nk ambk pn..juz buat lpik jaa"


Pastu perut aku pon dah lapor benor, aku pon malas dah nak kacau orang ni... Cukup la untuk hari ni dulu. Bahhahaha




Kan... Tak pasal zu bongok kan aku. Ahahhahaha kesian adik-adik aku ni semua...





Jangan simpan dalam hati ye... Kak Iha korang memang macam ni... Orang Terengganu kate

 " Jenih hok dok makang samang "
Assalamualaikum....

Apa yang boleh perah ?
Peluh aku.... 
Salah satu sebab kenapa doktor boleh suspek aku kene Hyperthyroidism  , sebab benda alah ni lah. Peluh. ( Simptom 1)

Tak dinafi lah orang gemuk macam aku memang kuat berpeluh. Tapi, even aku kuat bepeluh sebelum ni, still dalam tahap yang aku boleh handle. Tapi sekarang, lain macam weh. Bila mana aku produce peluh lebih banyak dari produce urine setiap hari. Hahaha siyes weh, tak tipu.


Waktu aku tak produce peluh adalah SEWAKTU aku mandi. Waktu-waktu lain 80% kompem berpeluh. Bayangkan, aku siap mandi, dan-dan je siap pakai baju, baju aku dah lencun dengan peluh balik. Kalau berjalan nak ke kelas tu tak yah cakap lah.... Tak selesa weh.. Aku tak selesa dengan diri aku dan aku takut orang tak selesa dengan aku.

Sampai tahap berpeluh sakan aku ni orang dah mula tegur. Salah satu nya, ada malam tu aku otw nak pergi ground floor. Aku masuk lift terserempak dengan budak batch aku. 

Dia tanya, "Nak gi mana Kak Iha?"

Aku jawab, "Nak gi bawah jap, ambik barang"

Dia tanya lagi, "Dari mana ni berpeluh sakan?"

Aku jawab, "Baru balik dari jogging",

padahal aku baru je keluar dari bilik aku, terus masuk lift. See ??? Ahhhhhhhh.....

Aku doa semua ni sementara je dan doa supaya apa yang doktor suspek tu tak betul. Aku tak nak sakit. Kalau aku tanggung sendiri tak pe. Tapi, kalau aku sakit, mak ayah aku sama-sama susah nanti. Itu yang aku paling tak nak..........



P/s : rindu sangat budak ni. Tak tertanggung rindu....


This is my navigation tab before I create any customization

see box in purple color


---------------------------------------------------------------------------------

STEP 1
Go to Template

---------------------------------------------------------------------------------


STEP 2
Go to edit HTML



your screen will display this image



STEP 3
Click on any empty space in HTML code, then press Ctrl + F using your keyboard.
It will display 'search box' in the upper right of your HTML code box.




STEP 4
I create many labels for my post, and one of them is 'My Story' or 'Cerita Saya' in Malay.

'Cerita Saya' label or 'My Story' in English.


Now we will start to customize the navigation tab. I want to change my 'Beauty Trend' tab to become 'My Story' tab.


'Beauty Trend' tab

Type in Beauty Trend in search box the press Enter.
Your screen will display code for your navigation tab :


Change the name 'Beauty Trends' with 'My Story' 

after I changed the name


STEP 5
Get the URL for navigation tab that you use ( in my case - URL for my 'My Story' post ). How to get the URL, just click on 'My Story' label on your blog, and copy the URL

I click on my 'Cerita Saya' label, and it will go to my 'Cerita Saya' page.


URL for 'Cerita Saya' label



STEP 6
Replace "#" mark with the URL you want. 
After doing this it will look like this:

"#" mark


after I changed the "#" mark with my URL

STEP 7
Click 'Save Template'




Now you can view your blog. You will see that 'Beauty Trends' navigation tab has change to 'My Story' tab.

before


after

when you click on the tab, it will go to the page or site that you choose.


You may also change the navigation tab to become your social network page tab, for example Facebook or Instagram.

Start again : from Step 4
I want to change my 'Diet & Health' tab to become 'Instagram' tab.
So I change the name 'Diet & Health' with 'Instagram'

I want to change 'Diet & Health' tab become 'Instagram' tab

'Diet & Health' code


change to 'Instagram'


STEP 5
Get the URL for navigation tab that you use ( my Instagram URL )

My 'Instagram' URL

STEP 6
Replace "#" mark with the URL you want. 

after I changed "#" mark with Instagram URL


STEP 7
Click 'Save Template'


You will see that 'Diet & Health' navigation tab has change to 'Instagram' tab.

before

after



Assalamualaikum...

Berkaitan dengan aktiviti PROGRAM KHIDMAT MASYARAKAT yang aku pernah post sebelum ni, pensyarah aku suruh buat laporan pendek tentang program tu. setakat dua muka surat je. So sini aku kongsikan laporan yang aku dah buat. Memang pendek, dah nama pon dua muka surat ( tak termasuk cover) 






UNIVERSITI TEKNOLOGI MARA
PULAU PINANG

LAPORAN AKTIVITI
‘PROGRAM KESEJAHTERAAN RAKYAT’


  
TARIKH :

16 NOVEMBER 2014

TEMPAT :

SEKOLAH KEBANGSAAN BUKIT TEH

ANJURAN:

KURSUS KOKURIKULUM
KHIDMAT MASYARKAT

HPD 233


1.0          PENDAHULUAN

     1.1          Program ini merupakan program kemasyarakatan yang melibatkan penduduk berdekatan dengan Sekolah Kebangsaan Bukit Teh. Tugas para sukarelawan ialah untuk membantu penganjur program dan urusetia program bagi melancarkan lagi perjalanan program tersebut

     1.2          Antara aktivi yang dilakukan sepanjang program berjalan ialah senamrobik, walfare fun race, sukaneka pelajar pra sekolah, pertandingan master chef, pertandingan gubahan tuala, taklimat pengurusan kewangan dan pertandingan nyanyian OKU.

2.0          OBJEKTIF

     2.1        Program sukarelawan ini bertujuan memberi peluang kepada mahasiswa merancang, mengurus, mengelola dan melaksanakan program yang berbentuk perkhidmatan kemasyarakatan bersama komuniti setempat. Ia juga bagi membentuk kerjasama antara pelajar untuk menggerakkan program selain dapat membentuk semangat kerjasama dan memberi komitmen yang sepenuhnya

3.0          TUGAS

     3.1          Membantu pengurusan bahagian sukaneka
          3.1.1      Menyediakan peralatan bagi acara ’Bawa bola dalam sudu’
          3.1.2      Menyediakan peralatan bagi acara ’Isi air dalam botol’
          3.1.3      Menyediakan peralatan bagi acara ’Baling belon air’
          3.1.4      Menyediakan peralatan bagi acara ’Bawa bola guna relung’

     3.2          Membantu pengurusan bahagian penutup
          3.2.1      Menyusun kerusi para tetamu dan peserta
          3.2.2      Memindahkan hadiah ke tempat perasmian

4.0          ATUCARA MAJLIS

7.00       - Pendaftaran peserta
7.30       - Senamrobik
                - Walfare fun race bermula
8.30       - Pameran oleh Agensi Dadah Kebangsaan dan Jabatan Pertahanan Awam
                - Taklimat jenayah oleh AMANITA
                - Taklimat pengurusan kewangan
                - Sukaneka kanak-kanak
                - Pertandingan Gubahan Tuala
                - Pertandingan master chef
                - Pertandingan nyanyian idola OKU
                - Gerai jualan
9.30       - Kunjungan Ybhg. Datuk Musa Bin Haji. Sheikh Fadzir ke rumah pesakit
                  terlantar dan penyampaian hamper makanan kesihatan.
11.00     - ketibaan VVIP
11.30     - Majlis perasmian penutup
11.35     - Bacaan doa
11.45     - Ucapan aluan
11.50     - ucapan perasmian penutup
12.20     - Penyampain cenderahati dan penyampaian hadiah
                                              
5.0          PENUTUP

                Kesimpulannya, program Operasi Khidmat Masyarakat yang dijalankan ini dapat member peluang kepada  para pelajar untuk merasakan pengalaman baru sebagai sukarelawan khususnya dan dapat menjalinkan hubungan yang baik, berdisiplin dan bertanggungjawab dikalangan pelajar dan  pegawai program tersebut. Diharap agar program seumpama ini dapat dijalankan lagi pada semester yang  akan datang. Jutaan terima kasih diucapkan kepada semua pihak yang terlibat secara lansung dan tidak  lansung dalam menjayakan program ini.

Disediakan oleh,



Assalamualaikum....

Masa aku tengah taip post ni, aku kat bastop depan klinik Seberang Jaya tunggu prebet dengan perut yang tidak masuk apa-apa makanan lagi sejak pukul 6 petang kelmarin. Jam sekarang sudah 12.30 tengah hari. Officially dah 18 jam since my last meal. Prebet pulak boleh tahan perangainya. Pukul 12 aku call suruh ambik, dia cakap 

"ok tunggu kejap 10 minit pakcik sampai". 

Dah 20 minit aku tunggu tak sampai jugak, pastu aku call. Boleh pulak dia tak jawab kan. Lepas tu aku sms dia 

"Pakcik boleh ambik saya ke tak?". 

Dia boleh balas, "adik kalau nak cepat call prebet lain. Pakcik tengah panas enjin temperature tak naik lagi".

Jadah nya..... Dah tau macam tu bagi tau la aku awal-awal. Yang pakcik cakap boleh ambik dalam masa 10 minit tu apa benda nya... Then aku call prebet lain.

menunggu prebet yang tak kunjung tiba

Aku duk terpacak kat bastop klinik ni sebab doktor suspek aku kene hyperthyroidism ( lps ni aku tulis HPO je ehh). Nak tau apa benda alah ni boleh google atau tengok link ni atau link ni atau mana-mana link yang korang nak. Citenya bangun pagi tadi aku rasa lain macam je. Rasa tak sedap badan. Pening, susah bernafas, nafas laju, terketar-ketar. Mula-mula aku malas nak ambik tau sangat. So aku gi la mandi, siap-siap sebab pukul 11 ada kelas. Lepas dah bersiap, aku rasa makin  tak sedap badan. Aku pon on tab, search pasal simptom-simptom yang aku rasa ni. Kebanyakkan artikel relate kan apa yang aku rasa sekarang ni dengan sakit HPO. Aku pon tak boleh buat dunno jela.. So aku screen capture satu artikel pasal benda ni, aku siap-siap pakai tudung, aku terus pergi UK ( unit kesihatan UITM ). Bila masuk bilik doktor, biasalah doktor akan tanya 

"ye, kenapa ?" atau "sakit apa" atau "nak mc ke?" hahaha

So aku malas nak terangkan panjang-panjang aku terus tunjuk apa yang aku screen capture tadi dan cakap 

"saya ada simptom penyakit ni" sambil hulurkan fon aku kat doktor.

Mula-mula jumpa 'doktor ustaz', sebab dia pakai kopiah plus aku tak tau nama dia, dia cakap betul lah berkemungkinan aku kene HPO. Paling tak tahan sebelum dia syak aku kene HPO, dia ada tanya beberapa soalan kelakar...

"Ada masalah cinta? baru putus cinta ke?"
"Dah kahwin? pernah mengandung?"
"Makanan sini tak best ke?"

tapi aku faham la semua soalan tu ada kaitan dengan penyakit lain yang dia syak mungkin jugak aku kene. Dia suruh aku cek kencing manis dulu, then dia rujuk aku dengan doktor sorang lagi. Doktor yang kedua ni pon cakap benda yang sama. Dia cakap dia akan buat surat dan rujuk aku dengan klinik Seberang Jaya. Siap surat, van UK pon hantar aku gi klinik. Sampai sana, ambik darah, buat appointment untuk next chec up, 2 Dec. Dah siap, balik.


Klinik Kesihatan Seberang Jaya

Aku tak la risau sangat ke ape, sebab aku tau sakit ni boleh baik dan ramai perempuan yang atas 20 tahun berkemungkinan kene sakit ni. Cuma aku tak suka dengan apa yang aku rasa bile tibe-tibe sakit tu datang. Aku rasa badan macam tak stabil sangat, tak selesa. Rasa tak selesa tu mula dari dada sampai kepala.  Doktor cakap, dalam masa dua minggu sebelum result keluar, tak boleh terlalu aktif dan kurangkan berpanas ( sebab dia cakap aku ada migrain ). Aku hidup memang tak aktif pon , tapi berpeluh mengalahkan orang buat latihan marathon.

Apa-apa pon aku harap tak ada apa-apa lah. Siapa nak sakit kan ? Namun "Kun Fayakun", kalau Allah kata jadi, maka jadilah.....
Assalamualaikum...


Ini sem terakhir aku kena ambik subjek KOKO aka HPD aka Khidmat Masyarakat. I got a credit exemption for this course when I was in part one. Masa tu bersyukur yang amat sebab tak payah gi kawad. Then, no more exemption for part two. HPD wooojib ambik. Tapi kawad semua ni dah tak ada lah. Part two boleh pilih nak Khidmat Masyarakat atau public speaking kalau tak silap aku.. Then aku pilih khidmat masyarakat. Part three kita kene teruskan HPD yang part two. 

So ini lah ceritanya. Hari sabtu lepas batch aku pergi ke Sek Keb Bukit Teh kat area Bukit Mertajan untuk jadi sukarelawan bagi ' Program Kesejahteraan Rakyat'.  Sebelum pergi, kami tak tau pon kami kene pergi mana, buat apa, bawak apa, jumpa sape, berapa lama... Completely loss. Sebab pensyarah kitaorang just bagi tau 'Berpakaian sukan, pukul 7.30 pagi, berkumpul di depo bas, semua wajib hadir'. Haaaaaa berahsia sangat kauuuu.. Apa-apa info lain semua tak diberitahu, kecuali group leader lah sah sah tau punya.

Sebelum gerak





Sabtu, pukul 8 kami gerak dr UITM ke sekolah tu. Sampai je sana mak aih bapak meriah gila kau kabo kat korang semua. Dengan ada akak akak makcik makcik adik adik tengah buat irobik, tapi aku tengok more pada berjoget dari berirobik.   Sampai sana makan dan agih tugas. Aku dapat bahagian sukaneka pelajar pra sekolah. Takde apa sangat pon yang kene buat. Aku just tolong set up equipment game, tengok-tengok kan budak masa game. Itu je. Tapi best. Tengok la bebudak ni semua, kecik, halus comel....



Akak Shifa tengah tunjuk demo gelek bola guna relung



Akak Ieda, budak paling hiperaktif dalam batch, tengah demo game isi air dalam botol












Dah siap acara tu, sesi bergambar , then kami pergi kat acara lain plak. Masa ni pertandingan master chef dan gubahan tuala baru nk mula. Aku tak ambk port pon. Just duduk and tengok,sebab geng2 lain dh tolong siapkan semua bahan yang nak guna untuk masak. Lepas acara perasmian, kami makan tengah hari dan balik ke UITM.





Bergambar sebelum balik

Sebelum aku pergi sana, macam2 bnda aku pikir dalam kepala. Best ke? Bosan tak? Banyak yang negatif je datang dalam kepala... Yela, tak tau nak pergi mana dan nak buat apa. Risau jugak aku mula-mula.. konon....But who  knows... Sampai sana boleh happy2 gelak2... Hilang stress... Yes, mmg aku sress  dua tiga menjak ni. Sebab terlalu banyak kerja, dan stress pikirkan pasal kesihatan diri..


Allah knows better....

Senyum ni terapi. Kalau kita senyum dan ketawa, masalah tu hilang tiba-tiba. Walaupun sementara.



p/s : rindu baby Fatina soo soo sooooo muncuooss...