Assalamualaikum...





Jumaat lepas aku dengan budak batch pergi Merbok sebab join satu program senior. Actually, this is also one of our project. But we participate in this program as participants and our senior as organizer. This program is one of the projects that we have carried out under the Hospitality Services course.

Pukul 6.30 pagi semua dah kene berkumpul kat depo pas. 


Amboi kau atiq... senyum mesriah sokmo..







Sebelum gerak, makan dulu.


nampak tak. Muka orang bahagia dapat makanan . senyum melereeettt..





Shifa ingat comelll la tu.. lalalalalla


alahaiiiii nomeyy nomeyyy nya anis senyummm *paling kanan,bawak beg biru*


Jom kita pi Merbok !!!!



 



pasal aku malas nak bangun dari seat, aku suruh adik aku yang sorang ni pergi ambik gambar.






Perjalanan yang dihidangi dengan permandangan sawah

gigih nya dua orang ni. perjalanan sekangkang kera pon nak tido. bhahahaah

Kami bertolak pukul 8 pagi dan sampai sana lebih kurang pukul 9 pagi. Sampai je terus ke sebuah sekolah ini untuk acara sukaneka. bukan sukaneka sangat la sebab masa tak mengizinkan. kami cuma sempat buat game batu seremban dan bina layang2.  







Bayak group yang layang-layangnya mati segan hidup tak mahu. *ye ye aku tau terbalik *



Selesai program kat sekolah, kami ke masjid berdekatan untuk program bersihkan masjid dan kawasan kubur. 


kami diberi taklimat sebelum program membersihkan masjid dimulakan

Selesai program kat masjid ni, kami gerak ke tempat penginapan. Dekat je dengan kawasan ni. 



Dah sampai !!!




haaaa santek tak tempat ni... rumah biru belakang tu semua bilik kami lah.. bergoyang you ollsss tido malam-malam..



anak pak cik ali raus ni ada je mana-mana setiap kali aku on kamera

Lepas kami c/in, bersihkan diri kami kene siapkan bahan-bahan untuk bbq malam nanti pulak. Tapi banyak selpi dari buat keje. kahkahkah aku buat apa je.. tolong potong bawang, basuh telur, pecahkan telur.. bukan keje tak ada. keje ada.. tapi pesertanya melebih-lebih dari kerja yang ada. so buat la siket-siket sorang... 




abaikan semua peralatan memotong tak bertamadun yang kami gunakan. dah nama pon tengah-tengah sungai macam gini, mana nak capai chopping board bagai...


oke.... ini koya namanya... koya


atiqah lagi.....


dan lagi........


akaaaakk tengah buat music video dikk.... ko hadoo ??


dah siap preparation untuk bbq, masing-masing balik bilik, mandi, rehat, maghrib... 

aku dengan aisyah bersiap awal, so kami keluar dulu lah buat sesi potogerapi dulu...


haaa tak cukup duduk, berdiri, baring pon boleh kau jemah,,, nasib baik tak terjun dalam air je.. habis kawasan nak bergambar




lepas maghrib semua berkumpul untuk makan malam. boleh tahan mewah la makanan malam tu. sedap plak.. nasib lah ada sorang chef yang ikut datang sini, merasa la jugak nak makan makanan sedap ni. ehhehe ada ayam bakaq, daging bakaq, nasi goreng, cucuk-cucuk *aku tak tau nak describe macam mana selain cucuk-cucuk*.





permandangan senja..

Bersambung.........







Assalamualaikum...

Sumber


Hujan makin lebat. Bumi belum nampak tanda-tanda mahu menelan air banjir yang kian bah. Ombak makin kuat menghempas pantai dan menggoncang semua bot dilautan.  nilai-nilai kehidupan nelayan dilautan dipertaruhkan demi mencari sesuap nasi. Kita disini, tanpa segan silu giat tawar menawar harga bagi sekilo ikan demi satu ringgit.

Aku tidak hebohkan bagi mereka yang ternyata tidak berkemampuan dan harga satu ringgit ibarat segantang nasi yang boleh disuap kepada anak bini. Apa yang aku kisahkan ialah mereka yang berkemampuan tapi masih tergamak membuat tawar menawar harga ikan dengan nelayan yang ternyata baru pulang dari sebuah perjuangan dilautan.


adakah difikiran kamu bahawa satu atau dua ringgit itu amat bernilai jika dibandingkan dengan nyawa nelayan yang bergolak gadai dilautan untuk menangkap ikan demi mencari satu dua ringgit yang kamu berat mahu lepaskan itu ?????

Satu persoalan yang agak panjang untuk satu jawapan yang sangat mudah.
Semoga kalian fikirkan apa yang aku mahu sampaikan.

#DoaUntukSemuaMangsaBanjir
Assalamualaikum.....

Sabtu lepas aku pergi makan kat satu bakery cafe ni dengan bebudak rumah. Masa tu aku baru lepas drop mak ayah aku kat hotel sebab dorang penat, nak berehat. So aku dengan pantasnya ambik kereta dan pergi ambik bebudak bilik aku. Mula-mula tak plan pon nak pergi sana. Sebab plan nya nak pergi Magnifique Cafe. Tapi tutup plak. So ronda-ronda area tu terjumpa la satu bakery cafe ni. Aku ni kurang sket berjalan area Perda ni, so tak tau la wujud cafe ni. Bila nampak sign board  besar gedabak cafe ni, aku terus singgah. Masa nak masuk kedai ni nampak sign no helmet, no outside food dan.............. no camera.. erkkkkk  maaf lah.. saya nak buat review makanan so saya jadi yes camera lah.. hahahah

Masuk je dalam kedai agak terkezut la sebab tak sangka banyak jugak makanan menarik mata nafsu dan perut aku ni. Ada kek, pastry, western, local dan donut semestinya. Sakit jiwa jugak nak pilih makan yang mana. Tapi sebab aku tak berapa lapar masa tu so aku makan kek dan puding je..

Ini komen jujur ye, tak ada yang terselindung.. nak memudahkan aku rate star each food okeh.


Makanan pertaman aku rasa ialah bread butter pudding. nah belanja gambaq sket.. 







2 star out of 5 star... not bad but there`s some improvement should be make. hewhew

Makanan kedua aku ialah kek ....... urmmm urmmm sumpah lupa nama kek ni. bhahahahah








 

Tadaaaaaa..... 3 star out of 5......



Wawa makan srawbery cheese cake. Aku kompem jamah punya.. so dapat lah aku nak bg rate kan. hahahhah 








3 start out of 5...



Ini susasana dalam kedai. Maap la gambar tak berapa nak jelas sebab ambik gambar cui-curi ini la hasilnya

Afiqah makan bake cheesecake dan aku mampu rasa sesuap je sbb cheesecake ni ala ala new york cheesecake Secret Recepi dan aku tak berapa gemar plain cheesecake without toping ni so aku bagi 2 star for bake cheesecake Nash Donut. heheheh

Last, Syakilla makan ialah chocolate cheesecake yang mana aku terpaksa rate 2 star jugak. Gambar tak de sebab aku lupa nak snap. Tak tau la macam mana  boleh lupa.

Lain manusia lain lidahnya, lain citarasanya. Aku mungkin rasa sedap tapi korang rasa lain. aku mungkin rasa tak sedap dan korang vise versa. So happy food hunting !!!





Assalamualaikum..

Seperti aku dah janjikan sebelum ni, aku akan  buat review Magnifiqie Cakes kedua kan.. Tapi hari tu aku cakap nak g dine in sana kan, Tapi belum ada kesempatan. Sabtu lepas aku pergi bawak budak bilik aku, tapi tutup pulak sebab dengar cite owner nya kahwin.. Tahniah... tahniah...

Ini dapat buat second review sebab Fiqah *budak bilik aku* pergi berdating kat sana. So aku kirimlah dia beli.

Kali ni aku cuba kek american choclate.

magnifique cakes




Tadaaaaaa.....

From 5 star, 3 star aku bagi. 

Next is red velvet cookies.. ini thorrrbaiikkk.. aku suka suka suka... nescaya aku akan beli lagi lepas ni kalau aku pergi sana. Ini pon aku boleh rasa sebab Fiqah tapaukan. sedap sedap sedap...






Assalamualaikum......

haaaa aku pulak yang nak over diva ni.. alang-alang orang dah cakap aku ni 'artis', so why don't I just act like artis..


Aku bukan nak cakap pasal mobile data limit.. no no.. ini nak cakap pasal kesabaran manusia yang ada limitnya dan tak boleh nak guna bila dah exceed limit. Sama macam mobile data lah konsepnya.

Sebab tu orang selalu cakap "selagi aku boleh sabar, aku sabar"..... maksudnya once dia dah tak boleh sabar, dia boleh jadi manusia paling kejam dalam dunia. Ramai orang yang banyak bersabar ni, they act with their body langguage. Tapi once dia dah tak boleh nak sabar, they'll act with their words. Korang tau kan bahasa orang yang dah hilang sabar ni lagi bisa dari bisa ular, lagi tajam dari bilah pisau, lagi pedas dari cili, lagi hina dari carutan..

Sebab tu lah aku selalu bagi tau kawan-kawan "I rather be alone than be with someone that make you annoy enough"

Apa korang rasa bila tengah syok-syok surfing ni tetiba pop up notification "you have reached your maximum data"... sakit hati kan.. sama lah macam manusia. Kalau sabar mereka dah sampai limit, tindakan mereka akan buat kau rasa sakit hati,, bahkan kau akan rasa lebih sakit dari apa yang mereka rasa selama ni, lebih dari apa yang kau dah buat kat mereka.. 

Berhati-hati wahai manusia. Jangan hidup dalam bayang-bayang diva.
Assalamualaikum....


Screenshot image taken from tripadvisor

Hari tu aku kene buat satu simple assignment, tentang bad or negative reviews wrote by guest berkenaan hotel. Aku tak tak tau nak pilih hotel mana. Then aku buka tripadvisor, tengok list top 25 hotels in malaysia rank bt tripadvisor. skrol punya skrol jumpa lah resort ni, Tanjong Jara Resort. Kisahnya resort ni dekat sangat dengan rumah nenek aku. Aku pon pernah pergi resort ni. Pergi jela cuci mata, bukan pergi stay sana. Jadahnya nak tido sini dah rumah nenek aku pon sekangkang kera je jaraknya dengan resort ni. Lagi pon mahaiiiii weh resort ni. Tak mampu aku.

Aku berminat nak pilih resort ni sebab aku teringin jugak nak tau apa bad review pasal resort ni sebab, yelah.. dah jadi top 25 nih apa lagi yang tak cukup kan. Lagipon resort ni cantek aku cakap kau... 



lepas dah baca semua, aku rasa komen guest ni semua yang mengada-ngada je. masalahnya tak berapa sangat pon.. mana lah ada benda yang sempurna. Ko ingat even ko stay kat hotel 10 bintang pon, perfect lah ? blurghhhh


Ini reviews yang aku pilih untuk assignment ni.














Tapi apa yang membanggakan, ada effort dari pihak hotel untuk reply semua reviews ni...





Aku dah 5 tahun belajar bidang perhotelan ni dan pernah praktikal dekat hotel. Memang susah kalau korang nak cari kesempurnaan dalam servis perhotelan ni. Sebab yang memberi servis tu adalah manusia, bukan mesen. So nak capai standard servis tu memang susah. We only can give our best..... kalau korang tak suka, sila angkat kaki. * customer not always right * ngeh ngeh ngeh ngeh...