Assalamualaikum...

kalau dah nama cuti sem, memang la keje aku makan je. Tekak pulak mengada nak makan yang bukan-bukan, bukan nak makan nasi lauk singgang je. Kali ni aku buat kek victoria sandwich. Citanya malam ni ada kengkawan nak datang lepak rumah. Aku memang suka jamu orang kalau tau ada yang nak datang rumah. Pasal tu lah terhasilnya kek ni sebiji hari ni. Meh nak kongsi resepi. Resepi ni aku ambik dari blog Azlita Masam Manis. Boleh klik blog tu ye kalau nak tengok. 

 


Bahan-bahan kek :

250g gula castor
250g butter
2 sudu teh esen vanila
5 biji telur
2 sudu besar golden syrup ( yang ini aku x letak pon )

220g tepung kek
30g tepung jagung
secubit garam
(ketiga-tiga bahan ini diayak)


Cara-cara :

Satukan gula dan butter kemudian putar sehingga adunan kembang.
Apabila adunan dah kembang dan gebu, masukkan telur satu persatu.
Masukkan bahan-bahan yang diayak tadi. Pukul lagi sehingga adunan menjadi sebati. JANGAN pukul adunan yang sudah dicampur dengan tepung terlalu lama.
Bahagikan adunan kedalam dua loyang.
Bakar 160c selama 30 minit.



Biarkan kek sejuk pada suhu bilik sebelum krimnya diletakkan

Bahan-bahan krim :

Cream Cheese
Whip Cream (putar dahulu)
Castor Sugar

Cara-cara :

Putar cream cheese sehingga gebu. Masukkan gula dan putar lagi. Apabila cream cheese dah gebu, masukkan whip cream dan kacau menggunakan spatula sehingga sebati.


Untuk jem strawberry, aku guna jem yang aku beli kat kedai bakeri je. Aku tak berapa mahir lagi nak buat jem. Victoria Sandwich cake ni tak kan lengkap tanpa jem strawberry tau.



Selamat Mencuba


Assalamualaikum......

Entry kali ni aku nak cerita pasal food hunt yang aku buat masa aku pergi Melaka hari tu. Biasalah ni entry wajib buat kalau pergi holiday mana-mana. Nak mudah cerita aku mula dari hari pertama aku pergi Melaka okeh. Sesiapa ada plan nak gi Melaka, boleh la cuba makanan-makanan ni ye.

Lunch hari pertama aku makan ni Black Cannyon. Memang la negeri lain pon ada benda alah ni, tapi cite nya aku tak pernah makan sini. Pastu si Ain Yahya ni pernah kerja Black Cannyon. So ada lah makanan dia boleh suggest.


kepada penggemar kopi, air ni memang terbaik. Rasa kopi nya kuat dan agak  manis. Tapi rasa manis tu memang sesuai dengan rasa kopi yang kuat dan pekat tu. This is Mexican iced coffee.







This is pasta seafood tomyam. Tak suka pedas? so korang memang tak leh makan benda ni. Aku suka pedas. Sukaaaa sangat. Ini first time aku makan tomyam dengan pasta.Sebelum ni makan dengan bihun atau kuey teaw je. kekekekkek 






 Dinner plak kami makan di Simply Fish. Maaf la makanan kali ni aku memang tak hengat namanya apa. Then aku campak mana resit nya pon xtau. So aku belanja gambaq jela ye... tempat makan ni Qayum yang suggest, best katanya.















Terus terang aku cakap kalau ko order iced lemon tea memang akan puas hati. Pertama sebab dia tak hidang dalam gelas tau, tapi dia bagi kau jag besar gedabak. Minum la kau sampai kembung. Kedua, air dia sodaapppp. Cukup rasa teh cukup rasa lemon. Tak macam sesetengah kedai buat air ni lemon lebeh teh tak cukup rasa, teh lebih lemon tak tau mana rasa.





Ini ain kamaliah punya mango smooties. Besssssssttt




tengok la menu nya. besar tak hengat.





Lepas dinner kami pergi cari dessert plak. Ini pon hasil cadangan Qayum. Kami pergi tapau dessert dekat Coffe Bene. Dekat je dengan Simply Fish tadi. Gambar aku ambik ni tak berapa lawo sebab gelap malam dalam kereta bergegar. haaa cukup la alasan tu. So aku bagi gambar yang aku gugel ehh. nak bagi korang bernafsu tengok. bahahhaha 

ini gamba aku ambek. kecewa.. gelap.. hodoh.. tapi gua cakap lu dessert ni memang sedap. Senang kata ini abc tapi versi moden lagi canggih.



ini gambar aku gugel. dapat dari blog ainimrashihah.blogspot.com nampak sodaaapp kan. Memang sodap. Aku beli yang oreo punya, satu lagi dorang beli yang green tea punya. Sedap mehhh


Disebabkan kami ni gila bab makan, pukul 11 malam kami buat room service kat hotel kami stay. bahahahahha room service kat sini 24 jam, so amatlah mudah bagi kami yang lapar 24 jam ni. kahkahkahakhakah

May I present to you.. makanan............... bahahahha !!!!!
Ini room service punya makanan dari Equatorial Hotel Melaka.



































Berakhirlah sudah hari yang dipenuhi dengan makanan yang indah dan sodap-sodap.
Second day begin......

Hari ni kami banyak habiskan masa kat A'famosa so makan dalam sana jela. Bila korang beli tiket masuk, nanti dia akan bagi sekali dengan kupon makan. Ok lah kan dah boleh berjimat dalam tu.

Cuma pagi tu sebelum kami masuk sana kami sarapan dulu kat gerai tepi jalan makan nasi lemak. 




Pastu tengah hari masa kami keluar dari A'famosa nak gi solat, kami ada singgah minum abc kat kedai tepi jalan sambil pekena bihun sup. Nyaman.






Dinner untuk hari kedua ni pon kami makan dalam A'famosa tu. Tapi bukan guna kupon la. Ini bayar sendiri. Waktu malam ada show kat cowboy town. Sebelum show mula kami melantak dulu dalam satu restaurant yang ada dalam cowboy town ni. Steak House. Meh nak belanja gambaq. 

























Day 3....

Pagi kami sarapan rumah ain sebab malam ke dua kami bermalam kat rumah dia. Aku tak pernah makan sarapan ni tapi citanya memang sedap. Meh nak tunjuk..

alamak lupa plak nak rotate gambar. bahhaahah ni la sarapannya. tak tau nama apa.. tapi habis lah banyak ni aku dengan ain yahya makan. sedap mak ain. macehhh

keluar pagi tu kami singgah vandor kat area bandar melaka. Sebab teringin sangat nak makan meatball..semua teringin lah. hhahahaha so ini lah hasil kami shopping makanan kat vendor tu..

















ada lasagna, meatball, air soda... hihihihihi

Ini suasana dalam vendor tu.






kami bungkus semua makanan, pergi makan kat pantai klebang..bertambah la syookk nya. Alang-alang dah sampai klebang kene lah beli coconut shake glamor tu.. ye idok ?






Makan lasagna bersama ayaq nyoq sambil menikmati udara nyaman di tepi pantai memang syookkkkk....









Nak tau aku pergi mana kat Melaka ? tengok SINI..