RESEPI KEK VICTORIA SANDWICH

, , No Comments
Assalamualaikum...

kalau dah nama cuti sem, memang la keje aku makan je. Tekak pulak mengada nak makan yang bukan-bukan, bukan nak makan nasi lauk singgang je. Kali ni aku buat kek victoria sandwich. Citanya malam ni ada kengkawan nak datang lepak rumah. Aku memang suka jamu orang kalau tau ada yang nak datang rumah. Pasal tu lah terhasilnya kek ni sebiji hari ni. Meh nak kongsi resepi. Resepi ni aku ambik dari blog Azlita Masam Manis. Boleh klik blog tu ye kalau nak tengok. 

 


Bahan-bahan kek :

250g gula castor
250g butter
2 sudu teh esen vanila
5 biji telur
2 sudu besar golden syrup ( yang ini aku x letak pon )

220g tepung kek
30g tepung jagung
secubit garam
(ketiga-tiga bahan ini diayak)


Cara-cara :

Satukan gula dan butter kemudian putar sehingga adunan kembang.
Apabila adunan dah kembang dan gebu, masukkan telur satu persatu.
Masukkan bahan-bahan yang diayak tadi. Pukul lagi sehingga adunan menjadi sebati. JANGAN pukul adunan yang sudah dicampur dengan tepung terlalu lama.
Bahagikan adunan kedalam dua loyang.
Bakar 160c selama 30 minit.



Biarkan kek sejuk pada suhu bilik sebelum krimnya diletakkan

Bahan-bahan krim :

Cream Cheese
Whip Cream (putar dahulu)
Castor Sugar

Cara-cara :

Putar cream cheese sehingga gebu. Masukkan gula dan putar lagi. Apabila cream cheese dah gebu, masukkan whip cream dan kacau menggunakan spatula sehingga sebati.


Untuk jem strawberry, aku guna jem yang aku beli kat kedai bakeri je. Aku tak berapa mahir lagi nak buat jem. Victoria Sandwich cake ni tak kan lengkap tanpa jem strawberry tau.



Selamat Mencuba


0 comments:

Post a Comment

Tak ada halangan untuk komentar dan pendapat. Silakan......