MELANCONG KE MELAKA

, , 2 comments


Assalamualaikum...


Entry kali ni macam panjang sket lah. Sebab banyak benda aku nak share dengah korang. Exited nya aku nak story mory dengan korang ni.


Habis je final exam hari tu aku terus bertolak ke Melaka. Trip ni tak plan pon sebenarnya, tapi entah macam mana ia berjalan dengan sangat lancar dan indah berserta penuh memori. cewahhhhhh Dari Penang aku gerak ke Seremban dulu. Sampai di Seremban, Ain Yahya (lepas ni aku mention as AY je ye) ambik aku kat bustop dan kami gerak ke Melaka. Lamaya tak jumpa AY !!! Besau budak ni sekarang. Terkezut aku jumpa dia. bahahhahaha . Sampai Melaka terus pergi rumah Ain Kamaliah (AK) pick up dia. Langkah kanan punya cita, sampai rumah AK akak dia buat brekpes roti canai !! kagum kejang gua. hahaha aku dengan AY pulun roti canai tu sekenyang yang mungkin.. Sodap weiii... Lepas breakfast kami terus pegi hotel check in. Kami stay kat Equatorial Hotel Melaka. Ini pon nasib lah ada kawan kerja kat sana so dapat la murah sebab guna staff rate.





Lobby EQ Hotel

































Lepas check in dan rehat, kami jalan-jalan kat bandar Melaka. Parking je dekat parking awam beredekatan dengan The Stdayus ni, korang boleh jalan-jalan je ronda bandar Melaka ni. Mula-mula kami pergi kat The Stadyus. Kat sini korang boleh ambik gambar and beli cenderamata kat kengkawan. Banyak jual at sini.








Kami di The Stadyus











Berdekatan dengan The Stadyus ni ada kapal samudera. 5 minit jalan kaki je dari The Stadyus. Boleh ambik gambar puas-puas ye. Mana korang nak jumpa ada kapal tersadai kat tengah-tengah bandar ni.. Tak dooooo.. Melaka je ado.







Kapal Samudera












































Kemudian kami pi Muzium Tetera Laut Malaysia. Pon dekat je dengan kapal samudera tadi. Kat kawasan kami jalan-jalan ni ada banyak benda menarik. Korang jalan je, pasti jumpa sesuatu. Bila dah tengah hari kami pergi lunch dan balik bilik rehat.



Dalam Muzium tentera laut Malaysia












Dalam pukul 6 petang kami keluar pergi dinner kat Simply Fish. Untuk entry makan-makan kat Melaka yang aku dah buat boleh tengok kat SINI. Lepas makan malam kami pi cari dessert plak kat Coffee Bene. Benda wajib kene cari kalau gi jalan-jalan kan. Lepas makan kami naik river cruise. Kalau sebut pasal Melaka mesti orang akan suggest naik river cruise. Memang la mainstream. Tapi bagi aku yang tak pernah naik ni bukan lah mainstream nama nya kan. It is such a valuable experience.





Tengah tunggu turn nak naik bot


















Permandangan korang boleh nampak dari atas river cruise







Lepas naik river cruise, kami pergi jejalan kat Jonker Walk. Kat sini korang boleh cuci mata beli makanan dan cenderamata. Bnyak jual kat kawasan ni. AY mengidam nak makan ais krim pasu masa ni, so kami pi la jalan sampai hujung Jonker Walk tu cari AY punya ais krim. Penat jejalan kami balik bilik dan tido tak sedor kan diri.

























Esok lepas brekpes kami pergi upside down house melaka. Ada satu lagi upside down house kat Malaysia ni kat Sabah. Kat semenajung ni aku rasa ada kat Melaka je. Dah nama pon upside down, so so semua yang ada dalam rumah ni terbalik la. Semua duk atas kepala hangpa.







































Kemudia kami pergi Menara Taming Sari. Menara ni nampak je macam biasa-biasa, tapi sape yang gayat sure tak leh naik. Tinggi wo atas tu. Mula-mula naik boleh tahan berdebor jugak aku. Tapi bila dah sampai atas sana baru steady sket. Bila kau dah sampai atas seolah-olah kau boleh tengok seluruh Melaka.













Kemudian kami pergi A'Famosa Themepark Resort. Yang ni la yang di tunggu-tunggu ni. Dalam A'Famosa ni ada tiga park ( water park, animal park, cowboy town). Sebab masa yang tak mengizinkan kami masuk dua park je, animal and cowboy town. Animal show start jam 2.15 petang. Korang boleh tengok macam-macam animal show. Ada cat show, elephant show, boleh pegang ular hahahahha. Dalam animal park ni ada pulau kambing, Korang kene naik bot nak ke pulau tu. 5 minit dari jeti nak ke pulau tu. Dekat pulau tu boleh bagi kambing dan monyet makan. Best.....



















Dekat jeti tengah tunggu bot nak ke pulau kambing




Kaki selpi menatang ni














Ini kelakar. Dak AY ni tak habis-habis menjerit pasal kene follow dengan kambing














































Bayaran masuk ke sini disertakan sekali dengan kupon makan. So kami guna kupon tu je untuk makan tengah hari. Cowboy town show start pukul 8.30 malam. Dalam cowboy town ni korang boleh tengok dorang buat perarakan. Meriah perarakan ni kalau weekend sebab ramai orang. Kalau weekdays tak berapa meriah la sebab tak de orang. Kalau lapar, dalam cowboy town ni ada restaurant. Boleh isi perut ye.




















Dah penat, kami pon balik...


Hari ke tiga means hari terakhir aku kat sini. Sedihnya nak tingal kengkawan. Tapi nak buat macam mana, hidup kene diteruskan. Kkeekekekk. Tapi trip ni tak berakhir begitu saja okeh. Sebab kan bas aku petang, so pepagi tu kami sempat lagi pergi jejalan. Ain bawak aku pergi minum coconut shake klebang sebab dia tau aku ngidam nak benda alah tu. Sebelum pergi cari coconut shake, kami pergi shoping buat kali terakhir kat salah satu vendor butik kat Melaka ni. Sampai je sini, aku terus grab lasagna dengan meatball. hahahhah ini pon list ngidam nak makan. So kene la beli kan. Bersama-sama coconut shake, lasagna dan meatball ni kami pergi makan kat pantai klebang. Kenangan yang paling aku tak kan lupa. Makan dengan kawan-kawan tepi pantai sambil di tiup bayu laut yang indah. wahahhhhhhhhhh puitis sangat kan.




Siap makan kami pergi muzium kapal selam berdekatan dengan pantai klebang ni. Ini la kali pertama dalam hidup aku tengok kapal selam depan-depan mata. Kagum !. Siap boleh masuk dalam lagi. Mana nak jumpa kapal selam atas darat ni.. Kat Melaka je... Negara lain tu tak yah sebut la..memang ada. but when we talking about Malaysia, it is only in Melaka.






Dalam kapal selam


























Masa untuk berpisah.... sedih sangat nak tinggal mereka ni. Tapi kami dah janji trip ni takkan jadi yang terakhir.. Akan ada lagi lepas ni.. Tunggu.........................









Sekian...






Tag :


Tempat menarik di Melaka

Interesting places in Melaka
Jalan-jalan ke Melaka
Place should be visit in Melaka
Tempat bersejarah di Melaka
Tempat pelancongan di Melaka

2 comments:

  1. salam. hee sonoknye jalan jalan melaka ;p

    ReplyDelete
    Replies
    1. Memang seronok !! tu la.. sape cakap jejalan dalam Msia ni boring.. best best

      Delete

Tak ada halangan untuk komentar dan pendapat. Silakan......