Assalamualaikum....

BAHAN-BAHAN PUDING ROTI
12 keping roti
Mentega
6 biji telur
1L susu segar
150g gula
coklat cip/kismis/kurma/apa-apa buah pilihan anda




CARA-CARA MEMBUAT PUDING ROTI


Sapukan roti dengan mentega dan susunkan di dalam bekas atau acuan pembakar.




Panas kan susu segar. Jangan panaskan terlalu lama sebab takut telur akan berketul-ketul apabila dicampurkan dengan susu nanti. Bila susu nampak mula mendidih, cepat-cepat padamkan api dapur.

Di dalam mangkuk yang lain, campurkan telur dengan gula dan kacau menggunakan 'wire whisk'.




Kemudian masukkan susu yang telah dipanaskan tadi ke dalam adunan telur dan kacau sehingga sebati.




Masukka adunan telur ini ke dalam acuan roti tadi sehingga hampir meneggelami keseluruhan roti di dalam acuan tersebut. Kemudian taburkan buah-buahan pilihan anda.




Masukkan acuan ini ke dalam acuan pembakar lain yang di isi air.
Kemudian bakar selama 60 minit pda suhu 170c.




Ini lah hasilnya.. tadaaaaaa


BAHAN-BAHAN SOS VANILA

2 biji kuning telur
2 sudu besar gula
1 sudu besar tepung jagung 
2 gelas susu segar
esen vanila



CARA-CARA MEMBUAT SOS VANILA

Campurkan telur, gula, tepung jagung dan esen vanila, dan kacau di atas api sederhana menggunakan 'wire whisk'.

Apabila sudah sebati, masukkan susu segar dan masak sehingga sos mendidih.

Kemudian sajikan bersama pusing roti tadi.



Selamat Mencuba !!

Assalamualaikum...

Lepas sorang, sorang kawan aku kawen. Aku ? macam ni lagi... macam ni.. gelap, tak nampak apa-apa. Yang nampak, kene belajar sampai dapat ijazah ni dulu. hmmmm tak pe lah. Bukan nak cerita pasal tu pon. Sekarang nak cerita pasal sorang lagi bekas teman serumah masa poli dulu dan juga bekas rakan sekelas yang dah naik pelamin ni. Nama dia Fatin Afiqah Farah Ain atau kami panggil FAFA.


Dulu masa kenduri Fiqa, aku berdua dengan Ain Kamaliah jugak sebab Ain Yahya tak dapat datang. Sekarang kenduri Fafa pon kami berdua jugak sebab Ain Yahya tak dapat datang jugak, Fiqa pulak sampai lambat. huhuuu sedeh tak sempat nak jumpa Fiqa hari tu. So ke hulu ke hilir la aku dengan si Ain ni berdua. Nasib baik ada dia, boleh teman aku tido, teman beli hadiah, teman makan buffet brekpes yang sekadar nak hadooo tu. hahahahah Kenduri ko aku kompem datang Ain. hahahahah cepat la ko pulak kawen, den tak soba dah nak tengok ekau kawen.







Cerita nya aku kena jadi bridesmaid dia masa dia nikah ni. Dia siap bagi aku baju lagi untuk pakai masa kenduri tu. Tapi baju tu tak sempat siap so aku tak dapat pakai. Kesian Fafa. Sorry Fa...
Tapi aku still pi majlis dia, dekat Kuantan je pon. Tak jauh pon dri rumah aku. Macam over nooorrrr kalau aku tak pergi. Kawen aku ko kene datang tau Fafa even ko dah memboyot 8 bulan masa tu. Kekekekekekek




Dalam reramai kawan poli aku, memang dia ni dah masuk list aku yang kawen dulu dari aku. Dah agak dah. heheheh orang nya lawo kecik comel lote, ramai yang berkenan. Hilang satu, 10 datang nak masuk jarum. Masa poli dulu dia ada la couple dengan sorang mamat ni, Mr. T. Memang couple paling meletop la masa tu. hahaahahah sama hensem, sama comel, hensem ke ?
Pastu ada satu hari tu, aku duk borak dengan budak rumah aku, aku cakap
 " aku rasa fafa dengan T ni last sekali break jugak lepas habis diploma ni " bahhahahha
jahat nya mulut aku. Tup tup break betol pulak. heeeeeeeeee

Tapi biaq pi lah tu cerita lama, yang penting ko dah selamat menikah pon Fa.. Jeles nya aku... Aku doakan ko bahagia hingga ke hujung nyawa, diberi kesejahteraan dalam membina rumah tangga dan diberi kekuatan dalam menempuh semua cabaran yang bakal datang.








Selamat Pengantin Baru Fafa. Aku sayang ko..





     

   Boat house is one of accommodation provided for those who plan to stay a few days in the Lake of Temenggor. There are 11 boat houses available at a reasonable price offers to all visitors. Each boathouse is different in size and amenities. Tourists can choose any boat that fits with their budget, family size, and activities that they plan to do. One of the boat houses available is Permata Belum boat house.

Permata Belum boat house owned by Mr. Zulkarnain Bin Abd Manas who has 10 years of experience in the business boat house on Lake Temenggor. This invaluable experience really help Mr. Zul to gain wide range of skills and knowledge about the business environment and market conditions of boat house on Lake Temenggor. Mr. Zul, who was a fisherman before, got the inspiration to start a boat house business through the encouraging development showed by the business of boat house in Lake Kenyir. He started his business with a small boat rented from his friends who have started this business first.

Mr. Zulkarnain


His undivided efforts rewarded when he was able to buy four small boats where three boats used for fishing and 1 boat for sightseeing and leisure activities. Then he began to see the potential to launch a boat house business and successful to have his own boat house on early 2015. By using RM100K of capital to develop the bot house, along with 4 small boats he has, he knows that he can generate an attractive business with this boat house. With the help of his friendly employees, who are also brothers and his own relatives, Mr.Zul believes that this boat house business can help in developing the tourism environment in the Lake Temenggor.





Permata Belum boat house can accommodate 25 people at one time. It has 4 bedrooms which are equipped with basic facilities such as beds, mattresses, pillows, sheets, pillowcases, blankets and a fan. Visitors can ask for extra blankets and mats which are available to them. There are facilities for hanging clothes provided in the guest rooms to allow guests to organize their clothes neat and orderly. There are windows in every room to allow airflow in and out for added comfortable to guests. There is enough space in the bedroom, which enables Muslims guests to comfortably perform prayers. 



There are two bathrooms that were clean and neat, which is also equipped with basic amenities. Adequate space of bathroom is provided to enable guests to bath and clean comfortably. Two bathrooms are provided so that guests can choose either to use the bathroom separately between women and men, or not.

Very satisfying cooking facilities are provided in the kitchen area to ensure that guests feel like cooking in their own home. The large kitchen area that can accommodate many people at one time, allowing the cooking process is carried out in a short time. Basic equipment like gas tank, stoves, spatulas, pots and many other cooking utensils are provided to guests. Sink are also provided for to allow cleaning process is performed before, during and after cooking. There is a shelf next to the sink filled with supplies for dining such as plates, glasses, cups, and bowls and so on. Mise-en-place process can be performed easily because there is a long table provided in the kitchen where the table can also be used to put other food items brought by guests. However, visitors must bring their own raw materials for cooking and there is enough space available to store raw materials in the kitchen.








Permata Belum boat house also has a living room or it can be called a rest and leisure area. Various indoor activities can be done in this area because it has a large space. Activities such as groups discussion, fishing and BBQ, can be done in the rest area. Here also are most of the guests will dine while enjoying the beauty scenic of the lake. The owner of this boat house provides a TV in this area that can be used by guests at any time.





Water and electricity the boat house were generated and distributed in a very systematic way to provide adequate facilities to the guests. Responsibilities to provide an adequate water supply to be used while bathing, cooking and drinking is become a priority for owners of this boat. Water supply is obtained from the lake where it is processed before being released into house boats for guests to use. This is to ensure the supply of water is safe to use. The water then goes through the screening process again for the water to be used for drinking and cooking and distributed directly to the kitchen's sink.

Electricity is obtained through the generators provided by the owner of the boat house. These generators provide enough electricity for be use by all guests during their stay. Cooking equipment that uses electricity can be used easily and help launch the process of cooking. Electronic appliances such as irons, camera and the phone can be charged without any hindrance.

       Safety is the most important element to consider in any business involving humans. Boat owners have prepare and adopt the best precaution to avoid any mishap occur. Life jackets are available in sufficient numbers to be used in each activity that involve water take place. Whether to board small boats to the area of activity, or bathing in the lake and also to bathe in the waterfalls, all guests must wear life jackets.

Permata Belum boat house is surrounded by a fence for safety added features of the boat house. However, for guests who want to bring their children, they are advised to always keep an eye on their children to avoid any mishap occur.





Can also be read in malay HERE.

For those who are interested, you may contact Mr. Zul -----> 019-4083043







http://wnfasihahjasni.blogspot.com/


Assalamualaikum...

Kalau korng ada baca entry sebelum ni aku ada cerita tentang trip kelas aku ke Tasik Temenggor dan kami tinggal di salah satu rumah bot yang ada di sana. Yang berminat nak baca boleh klik SINI.  So kali ni aku akan cerita siket sebanyak tentang rumah bot ni, kot-kot korang berminat nak pi sana. Kalau korang baca bawah ni nanti ayat ala-ala skema adalah kerana aku copy paste je dari report trip yang aku submit kat lecturer aku tu. hahahahaah 


Rumah Bot Permata Belum / Permata Belum Boat House


Rumah bot adalah salah satu tempat penginapan yang disediakan untuk mereka yang merancang untuk tinggal beberapa hari di Tasik Temenggor. Terdapat 11 rumah bot yang boleh didapati dengan tawaran harga yang berpatutan kepada semua pengunjung. Setiap rumah bot adalah berbeza dari segi saiz dan kemudahan. Pelancong boleh memilih mana-mana rumah bot yang sesuai dengan bajet mereka, saiz keluarga, dan aktiviti-aktiviti yang mereka mahu lakukan. Salah satu rumah bot yang terdapat di sana ialah rumah bot Permata Belum.

Rumah bot Permata Belum dimiliki oleh Encik Zulkarnain Bin Abd Manas yang mempunyai 10 tahun pengalaman dalam bidang pelancongan di Tasek Temenggor. Pengalaman yang tidak ternilai ini telah membekalkan pelbagai kemahiran dan pengetahuan kepada Encik Zul mengenai persekitaran perniagaan dan keadaan pasaran rumah bot di Tasik Temenggor. En Zul yang merupakan seorang nelayan sebelum ini, mendapat inspirasi untuk memulakan perniagaan rumah bot melalui pembangunan yang menggalakkan yang telah ditunjukkan oleh perniagaan rumah bot di Tasik Kenyir. Beliau memulakan perniagaannya dengan bot kecil yang disewa daripada rakan-rakannya yang telah memulakan perniagaan ini terlebih dahulu.


Encik Zulkarnain


Usaha beliau yang tidak berbelah bahagi membuahkan hasil apabila dia mampu untuk membeli empat bot kecil di mana tiga buah bot digunakan untuk aktiviti memancing dan 1 bot untuk aktiviti bersiar-siar dan percutian. Kemudian beliau mula melihat potensi untuk memulakan perniagaan rumah bot dan berjaya untuk mempunyai rumah bot sendiri pada awal tahun 2015. Dengan bantuan pekerja beliau yang mesra, yang juga merupakan adik beradik dan saudara beliau sendiri, Encik.Zul percaya bahawa perniagaan rumah bot ini boleh membantu dalam membangunkan pelancongan di Tasik Temenggor.





Rumah bot Permata Belum boleh memuatkan 25 orang dalam satu masa. Ia mempunyai 4 bilik tidur yang dilengkapi dengan kemudahan asas seperti katil, tilam, bantal, cadar, sarung bantal, selimut dan kipas angin. Pelawat boleh meminta selimut tambahan dan tikar yang tersedia untuk mereka. Terdapat kemudahan untuk menggantung pakaian disediakan di semua bilik tetamu untuk membolehkan para tetamu untuk menyusun pakaian yang kemas dan teratur. Terdapat tingkap di setiap bilik bagi membolehkan aliran udara masuk dan keluar untuk menambah keselesaan kepada tetamu. Terdapat ruang yang mencukupi di dalam bilik tidur, yang membolehkan tetamu beragama Islam menunaikan solat dengan selesa. 




Terdapat dua bilik mandi yang bersih dan kemas, yang juga dilengkapi dengan kemudahan asas. Ruang bilik mandi yang mencukupi disediakan untuk membolehkan para tetamu untuk mandi dan membersihkan diri dengan selesa. Dua bilik mandi disediakan supaya tetamu boleh memilih sama ada untuk menggunakan bilik mandi berasingan antara lelaki dan wanita, atau tidak.

Kemudahan dan peralatan memasak yang mencukupi disediakan di kawasan dapur rumah bot untuk memastikan tetamu berasa seperti memasak di rumah mereka sendiri. Kawasan dapur yang besar yang boleh memuatkan ramai orang pada satu-satu masa, membolehkan proses memasak dilakukan dalam masa yang singkat. Peralatan asas seperti tangki gas, dapur, spatula, periuk dan banyak peralatan memasak yang lain disediakan untuk tetamu. Sink juga disediakan untuk membolehkan proses pembersihan dilakukan sebelum, semasa dan selepas memasak. Terdapat rak di sebelah sinki yang dipenuhi dengan peralatan untuk makan seperti pinggan, gelas, cawan, mangkuk dan sebagainya. Proses pnyediaan sebelum masak boleh dilakukan dengan mudah kerana terdapat sebuah meja panjang yang disediakan di dapur di mana meja tersebut juga boleh digunakan untuk meletakkan barang-barang makanan lain yang dibawa oleh para tetamu. Walau bagaimanapun, pengunjung perlu membawa bahan mentah mereka sendiri untuk memasak dan ada ruang yang cukup disediakan untuk menyimpan bahan mentah di dapur. 








Rumah bot Permata Belum juga mempunyai ruang tamu atau ia boleh dipanggil kawasan rehat dan rekreasi. Pelbagai aktiviti dalaman yang boleh dilakukan di kawasan ini kerana ia mempunyai ruang yang besar. Aktiviti-aktiviti seperti perbincangan kumpulan, memancing dan BBQ, boleh dilakukan di kawasan ini. Di sini juga kebanyakan tetamu akan makan sambil menikmati keindahan pemandangan tasik. Pemilik rumah bot ini menyediakan TV di kawasan ini yang boleh digunakan oleh tetamu pada bila-bila.





Bekalan air dan elektrik rumah bot diperoleh dan diedarkan dengan cara yang sangat sistematik untuk menyediakan kemudahan yang mencukupi kepada para tetamu. Tanggungjawab untuk menyediakan bekalan air yang mencukupi untuk digunakan semasa mandi, memasak dan minum adalah menjadi keutamaan bagi pemilik rumah bot ini. Bekalan air diperolehi dari tasik akan diproses sebelum disalurkan ke dalam rumah bot untuk digunakan oleh tetamu. Ini adalah untuk memastikan bekalan air adalah selamat untuk digunakan. Air itu akan melalui proses penapisan sekali lagi untuk air yang digunakan untuk minum dan memasak dan diedarkan terus ke sinki dapur.

Bekalan elektrik pula diperoleh melalui jenerator yang disediakan oleh pemilik rumah bot. Jenerator ini membekalkan bekalan elektrik yang secukupnya untuk digunakan oleh semua tetamu sepanjang mereka berada di sini. Peralatan memasak yang menggunakan elektrik boleh digunakan dengan mudah dan membantu melancarkan proses memasak. Peralatan eletronik seperti seterika, camera dan telefon boleh dicaj tanpa ada halangan.

Keselamatan adalah elemen yang paling penting untuk dipertimbangkan dalam mana-mana perniagaan yang melibatkan manusia. Pemilik bot telah menyediakan dan mengamalkan langkah berjaga-jaga yang terbaik untuk mengelak sebarang kejadian yang tidak diingini berlaku. Jaket keselamatan boleh didapati dalam jumlah yang mencukupi yang akan digunakan dalam setiap aktiviti yang melibatkan air. 





Sekian...

Juga boleh di baca dalam bahasa inggeris di SINI.

haaaa ko hadooo ?? keekeeeke

ok... hahaha skema kan ayat. oflos la, ni report nak kene hantar bagi lecturer baca..
takkan aku nak tulis camni.. <------- camni. heheh

so kalau korang berminat nak stay kat rumah bot ni, boleh contact abang zul : 019-4083043