RESEPI PUDING ROTI BERSAMA SOS VANILA

, , No Comments





Assalamualaikum....

BAHAN-BAHAN PUDING ROTI
12 keping roti
Mentega
6 biji telur
1L susu segar
150g gula
coklat cip/kismis/kurma/apa-apa buah pilihan anda




CARA-CARA MEMBUAT PUDING ROTI


Sapukan roti dengan mentega dan susunkan di dalam bekas atau acuan pembakar.




Panas kan susu segar. Jangan panaskan terlalu lama sebab takut telur akan berketul-ketul apabila dicampurkan dengan susu nanti. Bila susu nampak mula mendidih, cepat-cepat padamkan api dapur.

Di dalam mangkuk yang lain, campurkan telur dengan gula dan kacau menggunakan 'wire whisk'.




Kemudian masukkan susu yang telah dipanaskan tadi ke dalam adunan telur dan kacau sehingga sebati.




Masukka adunan telur ini ke dalam acuan roti tadi sehingga hampir meneggelami keseluruhan roti di dalam acuan tersebut. Kemudian taburkan buah-buahan pilihan anda.




Masukkan acuan ini ke dalam acuan pembakar lain yang di isi air.
Kemudian bakar selama 60 minit pda suhu 170c.




Ini lah hasilnya.. tadaaaaaa


BAHAN-BAHAN SOS VANILA

2 biji kuning telur
2 sudu besar gula
1 sudu besar tepung jagung 
2 gelas susu segar
esen vanila



CARA-CARA MEMBUAT SOS VANILA

Campurkan telur, gula, tepung jagung dan esen vanila, dan kacau di atas api sederhana menggunakan 'wire whisk'.

Apabila sudah sebati, masukkan susu segar dan masak sehingga sos mendidih.

Kemudian sajikan bersama pusing roti tadi.



Selamat Mencuba !!

0 comments:

Post a Comment

Tak ada halangan untuk komentar dan pendapat. Silakan......