BERCUTI DI LANGKAWI

, , No Comments






Assalamualaikum...

Finally, selepas hampir 10 tahun, aku jejak kan kaki semula di Langkawi ni. Kali terakhir aku pergi masa aku umur 14 tahun rasanya. Dulu pergi dengan famili, sekarang dengan kekawan so syok nya lain sket. Kekekekek

Kami gerak dari stesen bas butteworth pukul 9 pagi dan sampai di jeti Kuala Perlis pukul 11.30. Sampai sana terus gi beli tiket feri. Tapi sayang sebab kami tak sempat nak ambik tiket pukul 12. So kami kene tunggu 1 jam setengah kat jeti tu baru boleh naik feri sbb feri kami gerak pukul 1.30.
Sementara tunggu fery tu, kami makan tengah hari kat kedai makan berdekatan. Makanan tak la mahal sangat dan tak la murah sangat area jeti ni. Boleh la...


Jeti Kuala Perlis






Kami sampai Langkawi pukul 2.30. Sampai sana terus ambik kereta sewa yang kami dah tempah. Kereta sewa ni aku tak nak suggest la. Sebab agak tak selamat. Kereta ni macam dah berbelas tahu tak pernah service. blurghhhh Dalam pukul 3.30 kami sampai hotel. 

Kami tinggal di Desa Terrace


Lepas bersihkan diri kami terus ke underwater world. Tak jauh pon dari hotel. 5 minit je. Memang teruja dapat masuk tempat-tempat macam ni. Boleh tengok semua benda yang kita tak kan dapat tengok hari-hari. Kami keluar dari underwater world pukul 6.30 dan balik ke bilik.



Katanya ni ialah ikan air tawar paling besar. Katanya...










Sesiapa berminat nak pegang ular ni boleh la ye. Bayaran dikenakan Rm10 kalau nak guna camera sendiri dan RM20 kalau guna camera park ni dapat sekali dengan printed gambar.
















Lepas mandi dan sembahyang, kami keluar untuk makan malam di kedai makan berdekatan kemudian ke bangunan beli belah Haji Ismail untuk shopping !!!!
Senang kata,kalau nak shopping cekelat atau pinggan mangkuk baik sini je. Sebab sini murah dari tempat lain. Pilihan pon banyak.

Esok pagi nya pukul 9 pagi kami dah sampai jeti untuk island hopping pulak. Boleh tahan best aktiviti ni. 





Pemandu bot tu akan bawak kita ke tiga pulau dan salah satu nya Pulau Dayang Bunting. Pemandangan dari tasik ni memang akan nampak struktur hutan gunung yang berbentuk seorang perempuan mengandung. Di pulau ni ada banyak aktiviti yang boleh kita buat macam mandi manda,berkayak,scuba diving. Pemandu bot tu akan tinggal kan kita kat sini selama 1 jam supaya kita boleh buat aktiviti yang kita nak. 

Tasik Dayang Bunting


Bayaran RM30 untuk sesiapa yang nak berkayak kat sini

















Lepas sejam, dorang akan datang ambik kita dan bawak ke pulau lain. Pulau ke dua kami pergi ialah kawasan untuk lihat dan bagi makan pada helang. Dekat pulau ni kami berhenti sekejap je.



Pulau terakhir kami pergi ialah Pulau Beras Basah. Kat sini pon kita di beri masa sejam untuk buat aktiviti yang kita nak macam mandi manda, snorkeling, naik banana bot. Kami sampai semula ke jeti dalam pukul 12.30 kemudian balik ke bilik untuk mandi dan solat.








Sebelum sampai bilik, kami singgah makan di satu kedai makan nasi kukus. Siyes aku cakap nasi kukus dia sangat sedap. Bau ayam berempah dia terngiang-ngiang kat lubang hidung sampai balik bilik. Heheheheh Kedai makan ni kecik je, berada betul-betul berhadapan dengan resort the villa langkawi.





Lepas siap makan, kami balik ke bilik untuk berehat dan bersihkan diri. Pukul 3.30 kami bertolak ke cable car. Sampai di sana pelancong dah mula ramai so kami kene bertaur agak lama untuk dapat naik cable car ni. Kalau korang tak nak beratur panjang kat sini, boleh lah beli tiket fast lane ye. Tapi bayar maheeiii la.



















Kami berada dekat cable car ni sekejap je sebab kami nak kejar masa untuk ke Bird Park and Wildlife pulak sebab kawasan tu tutup pukul 6.30 petang. Kami sampai di bird park tu lebih kurang pukul 5.30 so sempat la kami nak ronda-ronda dalam kawasan ni. Kawasan ni bukan saja ada burung tapi ada banyak lagi haiwan lain yang menarik.


















Penat dah berjalan hari ni, kaki pon dah tak kuat nak sambung berjalan so malam ni kami berehat kat bilik je. Esok nya flight kami pukul 10.20 so dah tak sempat nak gi jalan mana-mana dah. Pukul 7.30 kami check out dan pergi sarapan dulu kemudian terus ke airport. Bye Langkawi. Till we meet again.




0 comments:

Post a Comment

Tak ada halangan untuk komentar dan pendapat. Silakan......