RESEPI KEK YOGURT STRAWBERRY ( HOMEMADE YOGURT )

, , No Comments



Assalamualaikum...

Sepanjang cuti ni aku rasa dah lebih 15 biji kek aku buat. Bukan untuk jual tapi untuk bagi makan famili dengan kawan. Tapi mostly aku asyik buat kek yang sama je. Kejap brownis, kejap victoria sandwich. Itu je sebab tu je yang mudah. Ngeh ngeh..

Hari ni rasa macam nak makan kek yang lain sket. So aku try la resepi ni. Ini adalah resepi yang aku olah sendiri dari resepi asal victoria sandwich. Sape nak resepi victoria sandwich boleh tengok kat SINI.

Aku datang idea nak buat kek yogurt ni sebab tetiba rasa nak makan kek yang ada rasa masam-masam manis sket. So aku rasa yogurt jela yang boleh bagi rasa macam tu sebab ada perahan limau nipis.

BAHAN-BAHAN DAN CARA MEMBUAT HOMEMADE STRAWBERRY YOGURT

Susu cair
Limau nipis
Jem strawberry ( beli siap atau buat sendiri )




1. Perah limau nipis dan campurkan dengan susu cair. Buat sehingga capuran ni menjadi pekat. Kalau masih cair, teruskan perah asam limau dalam campuran sehingga pekat.




Campuran limau dan susu yang telah menjadi pekat atau kita panggil ia yogurt.

2. Campurkan yogurt ini bersama dengan jem strawberry.




Homemade yogurt strawberry kita dah siap !




BAHAN-BAHAN MEMBUAT KEK

250 g butter
250 g gula caster
5 biji telur
esen vanilla
150 g yogurt strawberry
220 g tepung kek
60 g tepung jagung
Pewarna merah

CARA-CARA MEMBUAT KEK YOGURT STRAWBERRY

1. Putar butter dengan gula sehingga kembang



2. Lepas dah kembang, masukkan telur satu persatu dan pukul sehingga sebati. Kemudian, masuk kan yogurt strawberry dan pukul lagi sehingga sebati. Kemudian masuk kan esen vanila.




3. Masuk kan tepung kek dan tepung jagung sedikit demi sedikit dan putar sehingga adunan sebati. Jangan putar terlalu lama. 



4. Bahagikan adunan kepada 2 bahagian. Satu adunan dimasuk kan dengan pewarna merah.



5. Tuang adunan ke dalam dulang pembakar secara berselang seli. Kemudian bakar pada 160c selama 35 minit.







Dah Siap !!



0 comments:

Post a Comment

Tak ada halangan untuk komentar dan pendapat. Silakan......