RESEPI SUP SAYUR BEBOLA IKAN

, , No Comments




Assalamualaikum...

* sesiapa tak suka sayur sila la baca entry yang lain. mohon *

Aku ni bukan la penggemar tegar sayur. Aku cuma penggemar sayur. Yang biasa biasa aja.

Tapi kalau sup sayur yang ni, memang aku suka sangat sangat sangat, tambah-tambah kalau buat sendiri, boleh campak semua jenis mak bapak sayur yang aku nak. Ini kalau beli kat kedai, mesti dapat batang sawi sebatang dengan daunnya sehelai je.

Paling best sup sayur ni kalau dapat makan dengan nasi dan ayam goreng panas-panas. Syok ooooooo.. Aku pulak paling gemar buat sup ni sekali dengan bebola ikan. Homemade ye, bukan beli kat kedai.

Sup ni paling mudah mudah mudah je buat. Kalau malas jugak tak tau la nak cakap apa. Sejak cuti sem sebulan lebih ni kat rumah aku asyik masak lemak-lemak je semua, naik jemu... Sekali dapat benda ni, habis satu periuk besar kami sedut..


BAHAN- BAHAN SUP SAYUR BEBOLA IKAN

Isi ikan
bawang putih ( dketuk )
Bawang merah ( mayang )
Lada Hitam ( ditumbuk )
Cili merah
Sayur ( aku pilih sawi )
Suhun dan pucuk
Telur
Perasa ( garam. kiub pati bilis )






CARA-CARA MEMBUAT SUP SAYUR 

1. Mula-mula kene buat bebola ikan dulu. Isi ikan ditumbuk kemudian buat bentuk bulat-bulat macam gambar bawah ni.




2. Tumis kan bawag putih, bawang merah dan lada hitam sampai naik bau. Kemudian masukkan air.


3. Masukkan batang sawi terlebih dahulu. Dan masak sehingga air mendidih.


4. Bila air dah mendidih, terus masukkan bebola ikan tadi kemudian masukkan telur. Kemudian masuk kan suhun dan pucuk.


5. Selepas 2 minit, boleh mula masuk kan daun sawi dan cli merah bersama-sama bahan perasa. 




Dah siap...



dah cakap tadi dapat makan dengan nasi putih dan ayam goreng panas memang sedap..

SELAMAT MENCUBA



0 comments:

Post a Comment

Tak ada halangan untuk komentar dan pendapat. Silakan......